Kalendar muzik Indonesia tidak pernah kering dengan bakat-bakat muda yang mahu melakukan apa yang mereka percaya tanpa terikat kehendak pasaran muzik semasa. Nama Diastika mula mencuri tumpuan ketika single “Kesempatan” diedarkan tahun lalu. Kelembutan suara miliknya dalam soothing number tersebut menjadikan namanya meniti bibir pengamal muzik Indonesia dan penggemarnya secara am.
Setelah tampil cukup menyenangkan dengan single “Kesempatan” terkini, Diastika melancarkan album mini “Live In Bandung” menampilkan enam track yang rata-ratanya merupakan lagu yang pernah dirakamkan dalam debut Diastika (yang ketika itu menggunakan nama Dias) sekitar tahun 2016.
“Jatuh” antara all time favorite saya dalam album mini rakaman langsung ini.
Tiga rakaman langsung iaitu “Dreamer”, “Jatuh” dan “Under The Influence” dirakam di Hotel Melaka, Bandung bersama produser muzik Ari Renaldi (Tulus & Yura Yunita) dalam tempo sederhana yang cukup menyenangkan.
Clarity dalam tone vokal Diastika cukup memikat bagi saya ditambah dengan karekter nyanyian yang cukup sensual sifatnya. Persis bakat-bakat awal 2000 Indonesia seperti Shemolita, Shakila dan Reza.
Album ini turut menampilkan rakaman awal daripada album yang diedar tahun 2016 dalam penyatuan jazz dan pop yang mendamaikan. Bakat yang nyata punya masa depan cerah dalam bidang muzik.
ARTIKEL BERKAITAN
Ardhito Pramono – Jelmaan “Jamie Cullum” Dalam Feel Nusantara