Lagu: Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Artis: Dayang Nurfaizah & Zynakal
Komposer / Lirik: Zynakal / Chaan / Suneo
Produser Bersama: Chaan / Giant / Irena Taib
Dayang ketika merilis “X Missing U” tahun lalu kolaborasi hebat bersama Faizal Tahir, YonnyBoii dan Tuju telah memberi siren bahawa itu akan menjadi landskap Pop terbaru yang akan dibawanya setelah usai fasa merilis barisan Balada yang berawal Di Pintu Syurga beberapa tahun lalu.
Dan sehingga hari ini “XMU” saya letakkan sebagai Pop terbaik yang terhasil dalam masa setahun dua ini. Originality pada melodi, kolaborasi genius dua generasi muzik sehingga kemasan muziknya yang bertaraf global itu amat membantu dalam meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.
Dan dengan terhasilnya juga sebuah single istimewa berjudul “Gerak Dulu” bersama MFMF. dan Faizal Tahir, Dayang semakin yakin untuk bersinar dengan arah baru R&B Pop yang dibawanya.
Usai melepas album tribute adikarya “Belagu” Februari lalu, Dayang kembali meraikan pasaran muzik R&B nya dengan satu lagi kolaborasi bersama generasi baru dalam muzik tempatan, Zynakal yang cukup booming dengan lagu “Sakit” bersama YonnyBoii tahun lalu.
Single yang diberi berjudul “Sayang Aku Tanya Apa Khabar” beredar minggu lalu sebagai sebuah lagi kelangsungan Pop Dayang dalam mencuri perhatian pendengar muda pastinya. Terlahir dalam ilham R&B dengan kemasan muzik Lofi dan ada feel KRNB, “SATAK” dihasilkan Zynakal bersama dua nama baru Chaan dan Suneo dalam garapan muzik yang cukup current.
Lagu ini terhasil dalam konteks Pop yang cukup komersial untuk didekati pendengar muda hari ini. Melodinya simple mudah menangkap pendengaran dengan bait lirik gaya bual yang relatable buat young couples di musim cinta pkp ini. Sasaran pasarannya jelas sekali buat pendengar muda.
Cuma saya kira melodi begini bukan sesuatu yang baru untuk Dayang. Ilham serupa sudah kita dengar dalam beberapa rilis tidak popular seperti “Lagu Cinta” (daripada album Dayang Sayang Kamu) dan “Life With You” (Sayang & Cahaya) yang saya percaya jika disusun kembali muziknya akan menghadirkan feel serupa. But to cater younger audience saya kira “SATAK” sebuah naskhah yang okey.
Melodi lagu yang simple tetapi ditinggikan standard Pop nya dengan kemasan muzik yang tastefully produced. Ringan, membuai dan moden. Saya mengharapkan lebih kolaborasi Dayang bersama Faithful Music selepas ini kerana chemistry yang mereka ada sangat baik dalam menghasilkan lagu-lagu yang cukup forward sepertimana yang telah terhasil dalam “Sebentar”, “XMU” dan “Gerak Dulu”.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!