
Album: Kebebasan
Artis: Carefree
Arranger / Produser: Omar Taib / Nasir / Carefree
Label: Universal Music Malaysia
Carefree antara kugiran Pop yang cukup mendominasi pasaran muzik tempatan di penghujung 1970-an sehingga ke penghujung 80-an. Rangkuman lagu-lagu original serta rakaman semula mereka menghasilkan sesuatu yang segar dalam pasaran muzik lokal ketika itu.
Mentafsirkan muzik mereka sebagai gabungan City Pop, Disco Dance dengan pengaruh muzik Melayu asli dalam beberapa rangkaian lagu Joget moden terhasil cemerlang sebagai pentafsiran muzik 80-an yang cukup tepat.
Carefree bersama Alleycats dan Black Dog Bone menjadi nama penting gerakan muzik begini di era tersebut. Muzik mereka bergerak pada satu kosmik Pop serupa yang banyak terhasil di era 80-an. Anita Sarawak antara yang memiliki formula serupa dalam lagu-lagunya.
Menerusi debut “Kebebasan” (1979), Carefree memikat pendengaran dengan rangkaian lagu-lagu yang cukup popular di album tersebut. “Bayangan Tarimu”, “Dendangan Laguku”, “Joget Mak Enon” sehingga hits malar segar “Rindu Bayangan” mencipta satu fenomena luar biasa.
“Ke Disko” (Simon Justin Leow) antara trak kegemaran saya di album ini. Lagu ini terhasil ketika disco era yang cukup boomin g di era 70-an. Suntikan muzik disko di lagu ini cukup menghiburkan dengan penulisan lirik santai. Groove di lagu ini dengan sax session di sepanjang lagu benar-benar menghidupkan lagu ini.
Selain itu, lagu yang menarik perhatian saya adalah “Perkelahan” (Omar Taib) dan “Menari” (Omar taib) – sub budaya di era 70-an begitu mempengaruhi penghasilan muzik Carefree di album ini. Era di mana Studio 54 sangat booming di mana fesyen dan muzik menyatu dengan sangat baik.
Hal-hal ini tentu saja dapat dilihat menerusi imej Carefree itu sendiri, bootleg pants, afro hair, overall yang menjadi kostum utama mereka dalam setiap persembahan, penampilan di kulit album dan setiap kali muncul di majalah tempatan.
Carefree saya kira rujukan muzik yang tepat bagi anak-anak muda tempatan yang mahu mencari ilham Pop dengan sound Synth, Disko dan City Pop dalam muzik mereka. Lagu-lagu Carefree biar berarahkan muzik global ketika itu masih kental dengan jiwa Melayunya.
Hal-hal ini tentu saja dapat anda dengan dalam catchy melodi “Joget Mak Enon”, “Perkelahan” dan “Aku Terpesona”. Album ini saya kira antara gerakan penting Pop tempatan yang datang dengan idea moden ketika diterbitkan menolak ilham-ilham Ahmad Nawab yang ketika itu yang cukup booming dengan pengaruh muzik India dalam ilham muziknya.
:format(jpeg):mode_rgb():quality(90)/discogs-images/R-10061494-1490956796-5070.jpeg.jpg)
ARTIKEL BERKAITAN