
EP: Ode To Blue
Artis: Cantika Abigail
Produser: Kenny Gabriel / Marco Steffiano
Usai fasa bersama dua saudaranya Gamaliel dan Audrey, perjalanan bermuzik Cantika Abigail semakin menunjukkan kematangan yang semakin dewasa dan pastinya datang dengan citarasa muzik yang sangat hebat.
Lihat sahaja senarai lagu solo yang sudah dilepaskan seperti “Start Over” dan “Sign” (bersama Rayi Putra) yang kedua-duanya hadir dalam feel Modern R&B yang begitu tinggi sekali standard muzik yang dihasilkan.
Mengambil masa beberapa tahun dalam penghasilan EP perdana yang baru beredar, “Ode To Blue” menjadi sebuah perakuan dan bukti kesungguhan Cantika dalam bermuzik. Dihasilkan bersama produser Kenny Gabriel maka terhasilllah naskhah cukup peribadi yang turut menampilkan 3 lagu baru yang belum dirilis sebelum ini.
EP ini dibuka dengan lagu “Ace of Hearts” yang menjual jiwa besar Cantika dalam persembahan produksi muzik yang cukup berkelas. Melodi lagu ini terhasil dalam gerakan R&B masa kini yang banyak di pasaran global. Cukup catchy, kemas dan penuh groove sekali.
Saya melayani lagu ini dengan mudah, tidak sukar untuk menggemarinya kerana ia terhasil begitu baik mengikut citarasa muzik yang cukup kekinian. “T.L.C” dihasilkan sendiri Cantika bersama Kamga dan Imelda Lizal tampil lebih moderate dengan soul Cantika yang membuat saya larut dalam persembahan vokal deep nya itu.
EP ini turut terisi dua single awal yang beredar “Start Over” dan “Sign” sebelum diteruskan pelayarannya menerusi lagu “Your Loss” yang masih mengambil ilham muzik serupa dengan groove dan semangat R&B yang cukup kental.
Menerusi “Ode to Blue” Cantika sudah menghasilkan sound yang cukup current dengan produksi muzik yang kemas dan berkelas. Mendengarnya terasa seperti sebuah produksi muzik luar yang begitu tinggi sekali aesthetic R&B yang dihasilkan.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Terpesona Dalam Feel R&B Soul Kaleb J Menerusi Single “Now I Know”