
Nama Amni Musfirah mungkin masih di hijau di lapangan muzik semasa, namun bakat besar suara merdu serta kebolehan menghasilkan naskah muziknya sendiri harus diberi perhatian.
Berawal di tahun 2017 nama Amni Musfirah tampil meyakinkan dengan beberapa single seperti “New York High”, “Be Mine” dan “Bisik Cintamu”. Namun saya tertarik dengan pesona vokal Amni menerusi single “Goodbye” yang beredar awal tahun ini.
Muzik Amni berlegar ilham Pop dengan nuansa urban. Hal-hal ini terlihat pada beberapa lagu awalnya seperti “Be Mine” yang okey hasilnya namun tidaklah terlalu memberi keterujaan keranahasilnya tidaklah menawarkan sesuatu yang baru.
Namun menerusi “New York High” pesona vokalnya lebih terserlah dan seterusnya dia membuat saya melayang di single “Goodbye” yang ternyata menjadi antara Balada yang cukup baik terhasil tahun ini.
Terkini menerusi single Bahasa terbarunya, “Bukan Bahagiamu” Amni sekali lagi membuat saya terlarut dalam penyampaiannya. Amni punya karakter vokal yang sangat merdu dan gemersik untuk lagu ballad dan R&B khususnya.
Feel Amni begitu dirasai sekali dalam muzik dan vokal yang menyatu sangat-sangat baik. Feel lagu ini benar-benar buat saya melayang dalam penghasilannya.
Lagu “Bukan Bahagiamu” merupakan ciptaan Amni bersama Isabel Wongsosubakti mendapat sentuhan produksi muzik Rishanda Singgih yang juga pernah terlibat dalam produksi muzik Raisa, Marcell dan juga Afgan.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Amni Musfirah Tampil Penuh Soulful Dalam “Goodbye” And You Should Give It A Listen