
Lagu: Kan
Artis: Aziz Harun
Komposer / Lirik: Ezra Kong / Romeo
Produser: Ezra Kong
Perjalanan bermuzik Aziz Harun bersama Faithful Music diteruskan lagi setelah terakhir muncul dengan single “Sayang Kau Tercipta” tahun lalu. Masih kekal dengan kemasan Pop semasa yang ringan menghibur.
Terkini hadir dengan single berjudul “Kan” momentum muziknya bergerak semakin selesa dengan acuan muziknya. Lagu komposisi Ezra Kong bersama Romeo ini seperti biasa terhasil catchy dan mudah dinikmati dengan hanya sekali pendengaran.
Persembahan vokal santai Aziz memberi justifikasi yang baik untuk melodi begini. Cuma ia tidaklah hadir dengan kejutan baru, lagu begini sudah kedengaran biasa di tangan Aziz.
Infusi Pop dengan elemen muzik yang baru mungkin sesuatu yang Aziz serta pasukan pemasaran muziknya harus fikirkan untuk single berikutya. Not bad but not much to talk about.
Saya mengharapkan sebuah album dan sebuah showcase daripada Aziz tahun ini kerana lagu-lagunya akan lebih lively jika dilayan dalam persembahan live with a band.
6/10
ARTIKEL BERTAITAN
Terus Terbuai Dengan Persembahan Pop Akustik Juicy Luicy Menerusi “Tampar”