Album: Semar & Pasukan Monyet
Artis: Ardhito Pramono
Arranger / Produser: Ardhito Pramono
Jazz soloist seberang, Ardhito Pramono hadir cukup promising dalam karya-karya menongkah arus perdananya sejak awal bermuzik sekitar tahun 2017. Rangkaian lagu popularnya seperti “Bitterlove”, “Sudah” dan “Fine Today” terangkai sebagai naskhah muzi yang cukup solid tersendiri.
Menemukan formula yang tepat memikat hati penggemar muzik Indonesia, Ardhito berjaya membawa feel Jazz dalam jiwa muda yang cukup segar dan kental rasa Indonesianya. Lagu-lagunya tidak terasa old skol sekalipun mengambil ilham big band dan Jazz lama. Semuanya diatur approach paling moden.
Terkini setelah cukup sukses dengan rilis OST Story of Kale dan NKCTHI, Ardhito meneruskan rencana muziknya dengan sebuah album khusus tribute lagu kanak-kanak di sebuah album istimewa berjudul “Semar & Pasukan Monyet”.
Dibuka dengan lagu “Something New” yang berirama seperti sebuah lullaby dalam cerita isi alam fauna yang melekakan. Mendengarkan lagu ini saya kira pasti terbayangkan visual yang menarik mengisi lagu ini. Pengalaman menarik ini diteruskan dalam lagu kedua yang terisi di album ini berjudul “Tiger Song” yang lebih fun.
Album dengan pengaruh Jazz dan Big Band ini hadir dalam penceritaan Ardhito yang santai bersahaja. Dia ternyata bercerita dalam melodi lagu yang tercipta cukup fun menghiburkan. Hal ini jelas dalam lagu “Orang Utan” yang saya kira antara lagu terbaik di album ini.
“Semar & Pasukan Monyet” terbentuk sebagai sebuah repertoire muzik yang mendepani idea konvensional dalam penghasilan lagu kanak-kanak. Muziknya terhasil cukup mahal sound nya namun masih mesra pendengaran pendengar biasa seperti saya. Ardhito menerusi album ini sudah melangkah setapak ke depan melengkapi diskografi kariernya bermuzik
7.4/10
ARTIKEL BERKAITAN
Pertemuan Dua Generasi Membentuk Feel Good Jazz Menerusi “Perjumpaan Kita”