Lagu: Sendiri
Artis: Anuar Zain
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Aisha Retno
Produser: Farouk Roman
Lama sebetulnya saya menantikan single soloist emas negara ini. Anuar Zain yang kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2016 dengan hits “Andainya Takdir” dan “Cinta Takkan Berakhir” bergerak perlahan setelah itu mungkin kerana sukar mencari material yang bagus.
Terakhir kali saya bertemu Anuar Disember lalu, sempat saya tanyakan kesukaran mencari lagu baru itu bagaimana sebetulnya dan katanya tak ada yang dia dengar dan melekat di pendengarannya. Dan saya kira begitulah telitinya seorang Anuar Zain dalam bekerja, apa yang tidak menyntuh jiwanya tidak akan dipertaruhkan.
Terkini dalam diam mencari arah baru muziknya, Anuar Zain berkolaborasi bersama Farouk Roman dalam sebuah persembahan Pop berjudul “Sendiri” dengan lirik tulisan bakat muda meningkat naik, Aisha Retno.
“Sendiri” terhasil sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar. Persembahan lagu begini cukup sifat Anuar jiwanya seperti apa yang kita sering dengar pada lagu-lagu fast number Anuar seperti “Kau Bunga Cintaku” dan “Permata”.
Korus di lagu ini saya kira killer utama buat saya enjoy dengan melodi yang cukup catchy dan groove yang saya kira cukup menjadi. “Sendiri” saya kira akan menjadi sebuah lagi lagu cari makan Anuar yang akan kita nantikan dia persembahankan di persembahan live nya.
Kegusaran saya pada awalnya pabila melihat kolaborasi Anuar – Farouk ini saya kira lepas lega kerana ia bukanlah tipikal Ballad yang biasa Farouk hasilkan dan keyakinan saya pada Farouk untuk dapat sound berbeza daripadanya tercapai dengan terhasilnya “Sendiri”
Lagu begini sebetulnya kita akan lebih enjoy pabila melihat persembahan live Anuar. This kind of Pop antara yang harus terus ada dalam pasaran muzik tempatan. Modern, segar dan kekinian.
6.6/10
ARTIKEL BERKAITAN