
Lagu: Aku Di Sini
Artis: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Roberto Gerongco / Mekar / Mas Dewangga / Jova Devito / Andrew Peterson Briol / Andi Bernadee
Produser: KUYA / TEE
Melangkah cukup konsisten dengan single demi single yang jarang gagal memikat pendengaran Pop semasa tempatan, nama Andi Bernadee saya kira sudah cukup utuh sebagai bakat pelapis yang memiliki potensi cukup besar.
Pesona raggaeton yang dibawanya sejak 2018 dengan lebih lima single yang booming sehingga hari ini terhasil dalam jaluran muzik yang cukup current dan seiring pasaran muzik global. Dia seperti tidak mahu menghampakan penggemarnya, Andi hadir dengan sebuah lagi lagu terbaru.
“Aku Di Sini” sebuah akustik Pop yang cukup soothing sekali. Lagu ini sudah berjaya membuat saya terikat dengan sekali pendengaran. Penghasilan melodinya baik dengan instrumentasi gitar yang melatari keseluruhan lagu ini cukup membuai sekali.
Penulisan lirik di lagu ini juga terhasil puitis dalam kosa kata sederhana yang dibaluti sebuah jaluran cerita “Terlepas kata bila marah // Kuhanya manusia biasa” sebelum menjadi lebih menyentuh di bait “Bintang di langit hilang seri // Cinta kita sudah tak bersemi”.
Setelah kali terkahir menghadirkan Pop Ballad menerusi “Penat”, lagu ini berjaya memberi keseimbangan dalam prospek muzik Andi yang bergerak dengan caranya yang tersendiri. Sehingga single ini saya pasti Andi sudah cukup siap untuk menghasilkan sebuah album penuh.
Lagu ini saya kira tidak sukar menembus ruang rasa pendengar tempatan. Cerita di balik lagu yanng ditulis pasti saja mampu menawan dan relatable dengan ramai orang. Penyampaian sederhana Andi menerusi lagu ini melengkapkan naskhah “Aku Di Sini” sebagai lagu yang cukup baik.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Tidak Mahu Melangkah Perlahan Aisha Retno Melahirkan “Sutera”