
Lapangan muzik nusantara terisi dengan nama-nama baru yang sentiasa tampil tersendiri. Kadang jujur ada yang terlepas pandang terutama sekali bakat yang bergerak secara sendiri tanpa pemasaran meluas. Nama Amni Musfirah antaranya yang mungkin awalnya saya terlepas pandang.
Mula diperkenalkan dengan single “New York High” diedarkan sekitar 2017 Amni meneruskan kelangsungan cita dalam muziknya menerusi dua lagi single iaitu “Be Mine” dan “Bisik Cintamu” yang beredar tahun lalu.
Tapi lagu-lagu tersebut doesn’t really grip my soul. Amni ada paten suara yang sedap cuma tiga lagu tersebut sebetulnya tidaklah begitu memberi justifikasi sepenuhnya. Tone yang dia miliki cukup merdu. It’s like Eva Celia meets Najwa Mahiaddin. Dan mengingatkan saya pada Karina Christy (Foolish Love) juga.
Tanggal 15 Februari lalu Amni muncul dengan Pertaruhan terbaru berjudul “Goodbye” yang saya sifatkan cukup rencahnya untu Amni benar-benar dikenali jika mengena percaturannya.
“Goodbye” karya cipta sepenuhnya bakat ini tampil dalam ilham soulful ballad yang sempurna segala sifatnya. Feel dan kelantangan vokal Amni lebih dirasai menerusi track Ballad yang saya sifatkan sempurna dengan suara merdu miliknya.
Menurut Amni, lagu ini mengambil ilham resam pasangan bercinta yang menemukan jalan akhir. “I guess the worse breakup between two people is when you love each other so much but you have to end it because you know it’s not right and not what you really want.” Menurutnya lagu ini berbeza dengan single sebelumnya yang lebih banyak bermain dengan elemen synth dan efek.
I really just wanted it to be fully stripped down. I just wanted to capture that feeling of immense hurt and shocked
Bakat Amni awalnya ditemui oleh pemuzik senior Singapura – Iskandar Ismail. Mula menyanyi seawal usia 10 tahun Amni pernah menyanyikan lagu tema Asia Youth Game 2009 berjudul Asia’s Youth Our Future selain beberapa persembahan kebangsaan lainnya.
Amni definitely is one to watch this year selain Zamaera, Lunadira dan Jamilah. Kesemuanya tampil cukup meyakinkan.
Lagu “Goodbye” turut menggunakan khidmat Ari Renaldi sebagai juru adun. Lagu ini sudah siap tersedia di semua gedung muzik digital dan lirik video boleh ditonton di laman YouTube rasmi Amni Musfirah.