
Lapangan muzik digital hari ini nyata membenarkan lebih ramai lagi anak muda untuk bereksperimentasi dengan muzik sekali gus berkongsi dalam skala cukup luas dan mudah. Amir Alif satu antara bakat muda yang mahu mencuba melakukan sesuatu yang dia percaya dalam muzik.
EP diberi judul “Obscura” yang beredar September, 21 yang lalu satu percubaan yang saya kira impresif penghasilannya. Mood R&B Lo Fi dengan beat minimal melatari hampir keseluruhan EP ini dengan cukup konsisten sekali.
Membuka lembar “Obscura” dengan trak berjudul “Interlude” dengan cukup soft sebelum menjadi sedikit agresif dalam lagu kedua “Temporary Happiness” yang lebih menarik tempo muzik serta melodinya. Cuma saya kira jika vokal Amir andai dapat dilembutkan sedikit lagi akan lebih mencantikkan lagu ini.
Dan bercakap tentang kelembutan album ini diteruskan dengan “Misses” dan “Everything Is Changing” – dua lagu dengan melodi yang cukup baik penghasilannya. Terkini dan menyenangkan. Namun masih kurang puas dengan vokal Amir yang kurang rasanya.
EP ini ditutup sempurna dengan satu-satunya lagu berbahasa Melayu berjudul “Kata” yang buat saya terus melayang dengan keindahan melodinya. Saya kira Amir sounds better in Malay. Sebutannya sedap dan terasa emosinya.
Lagu ini percaturan yang baik jika dia mahu go big cuma perlu pemasaran yang cukup kemas untuk membawa lagu ini lebih jauh. This kind of song saya pasti sangat mudah untuk orang kita terima. “Obscura” kini siap di semua gedung muzik digital.
Trivia “Obscura” Amir Alif
- Diproduksi Wjx, Zulkarnain dan Redro
- Yuna, Daniel Caesar & The Weeknd antara inspirasi menzahirkan EP ini
- Dua single awalnya “Okay”, “Changed” dan “Memories” lebih awal diedarkan pada tahun 2017