Mungkin tak keterlaluan untuk mengatakan jika Aisha antara penyanyi wanita gagasan baru yang berani untuk tidak terikat dengan ilham Balada dan sentiasa menghasilkan sesuatu yang cukup segar dan forward.

Lagu: TAK ADIL
Persembahan: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / Radi
Produser: Jaydi
Di saat ini saya kira Aisha Retno is the most original & fierce female new artist yang kita ada. Dia berani untuk keluar daripada kepompong tipikal penyanyi-penyanyi baru wanita yang harus terikat dengan ilham Balada semata. Menghasilkan lagu sendiri dan mencuba jaluran berbeza dalam muzik sebelum menemukan apa yang terbaik buatnya.
Dan sebetulnya juga dia masih lagi berada di proses pencarian itu. Hal ini biasa dan perlu kerana hanya dengan mencuba sahajalah dia akan menemukan apa yang dia terbaik buatnya. “W.H.U.T” dan “Sutera” memberi momen besar untuknya namun dia tidak terus selesa dan terus menghasilkan lagu demi lagu untuk meneruskan kelangsungan dalam bermuzik.
Berbicara untuk tidak selesa dengan satu jaluran muzik sahaja, Aisha sekali lagi hadir tidak diduga dengan sound baru di single terbarunya “Tak Adil” yang menggugah ilham Pop Rock dalam persembahan penuh attitude yang dia miliki.
Lagu ciptaan Aisha bersama adiknya Radi ini dibentuk dengan persembahan melodi yang memiliki korus yang cukup catchy. Bait “Di mana letakanya // Hati yang harusnya kau jaga.” dan “Ini semua tak adil // Bisa-bisanya kau tak sakit?” berbicara sekerasnya penindasan akan cinta sejati.
Aisha bijak dalam merencana penciptaan melodi. Hal ini sudah dia buktikan banyak kali dalam lagu-lagu sebelumya yang pernah dihasilkan. Kali ini saya boleh katakan,”Tak Adil” datang dengan formula muzik yang paling komersial yang pernah dia hasilkan.
Korusnya terhasil sangat menarik dan mengikat. Kadang ia mengingatkan saya pada penghasilan lagu-lagu indo Rock kumpulan seperti Cokelat dan Kotak yang dihasilkan dengan attiude Aisha yang cukup distingtif. Lagu ini seharusnya menjadi fokus Aisha sepanjang tahun ini untuk benar-benar diberi perhatian oleh pendengar.
Seperti yang saya katakan tadi, “Tak Adil” adalah karya cipta Aisha yang paling komersial pernah dihasilkan. Dan jika kita masih belum mahu memberi keadilan yang sebaiknya pada lagu ini maka kita pendengar yang jahil dan kejam. This song deserve your million viees and streams. A solid Pop.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN