
Lagu: Mengertilah Kasih
Artis: Andi Rianto / Afgan
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Indra Safera
Produser: Andi Rianto
Meneruskan kelangsungan mahakarya ciptaannya, Andi Rianto bijak dalam percaturan rencana bermuziknya untuk memperkenalkan lagu-lagu ciptaannya buat generasi baru pula yang dibuktikan cuku berjaya dengan penghasilan “Bahasa Kalbu”, “Sang Dewi” dan “Mengejar Matahari”.
Selain terus fokus dalam penghasilan produksi muzik belakang tabir, Andi saya kira bijak dalam memperkenalkan dirinya dalam satu penjenamaan sebagai produser muzik yang memiliki kekuatan tersendri dengan menerbitkan terus lagu-lagu ciptaannya dengan kolaborasi bakat-bakat popular.
“Mengertilah Kasih” lebih awal dirakam Ruth Sahanaya di album kompilasi terbaiknya pada awal era 2000 mendapat kemasan baru dengan alunan vokal Afgan yang menyantuni sempurna lagu ini dengan penuh kemerduan.
Masih berlegar kekuatan Andi Rianto dalam kemasan muzik grandeur – iringan full string yang menyuntik kemewahan dalam produksi muziknya. Persembahan Afgan ternyata cocok dalam nafas baru susunan muzik yang semakin ditinggikan standardnya.
Usaha Andi Rianto ini satu daripada usaha yang harus terus diraikan dalam memberi penghargaan pada karya-karya awal yang mungkin dahulu tidak diberi justifikasi pemasaran yang baik tetapi masih mampu hidup pabila diberi nyawa baru dalam radar muzik semasa.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN