
Lagu: Burn
Artis: Sarah Suhairi
Komposer / Lirik: Apipapol
Produser: Apipapol
Sarah Suhairi ketika memenangi Big Stage dahulu sudah terbentuk sebagai seorang bakat baru yang memiliki masa depan yang baik dalam menghasilkan lagu-lagu dalam legasi Pop yang pastinya keluar dari alur Balada yang tipikal mahu menjual nama-nama baru.
Namun entah mengapa sejak setahun dua kebelakangan ini dia semakin banyak diberikan lagu-lagu Balada yang sebetulnya tidaklah begitu memberi justifikasi pada bakat yang dia miliki. Sarah masih muda dan tenaga yang dia miliki itu sangat rugi jika tidak digunakan di saluran yang tepat.
Rangkaian lagu-lagu Pop semasa dengan pengaruh R&B, Dance, KPOP seharusnya menjadi arah bermuziknya. Dan hal ini yang kita dapat menerusi single “Nyawa & Raga” sebelum dia merilis “Rise & Fall” yang saya kira masih baik dan current penghasilannya.
Setelah itu satu per satu Balada biasa dihasilkan membuatkan saya merasakan sangat rugi untuk perkembangan kariernya. Hal ini saya kira berterusan kerana kejayaan single “Bicara Rasa” bersama Ariff Bahran.
Kemudian tanpa putus yang dihasilkan adalah Balada demi Balada – “Mungkin”, “Andaikan” dan “Pasrah”. Lagu-lagu begini bukanlah tidak bagus cuma ia tidak memberi nilai tambah pada kemampuan yang ada pada Sarah.
Sarah boleh carry up beat dan mid-tempo songs dengan baik. She even can rap dengan baik, jadi saya kira jaluran muzik begini lebih baik untuk meninggikan standard muziknya. Jadi dengan kehadiran single terbarunya “Burn” saya kira Sarah sudah kembali pada landasan yang betul.
Lagu ini terhasil dalam melodi yang cukup catchy, current dengan produksi muzik yang cukup kemas dan datang dengan attitude yang tersendiri. “Burn” terhasil seiring usianya, lebih moden dan bertenanga.
Kita perlukan lebih lagi lagu-lagu begini daripada Sarah untuk dia tidak terjerat dalam dominasi Balada berulang yang sudah dirakam oleh semua penyanyi lain. Banyak Balada moden yang boleh dijadikan rujukan hari ini jika dia mahu menghasilkan Balada setelah penghasilan “Burn”.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Tidak Mahu Melangkah Perlahan Aisha Retno Melahirkan “Sutera”