
Tahun yang semakin mencabar, diduga dengan kehendak harfiah yang mungkin bagi sesetengah menyekat rezeki berkarya tetapi pastinya menjadi satu cabaran besar bagi mereka yang masih mahu terus menghasilkan sesuatu yang berbeza dalam kekangan yang ada.
Maka tahun ini di Muzik Kita kami mencari, mendengar dan memandang karya-karya yang dihasilkan serius tidak hanya untuk meraih perhatian di landasan media sosial tetapi mahu terus meraikan kesungguhan pengkarya tanpa mengira jurang generasi, jaluran muzik dan besar atau kecil modal penghasilannya.
Yang pasti tahun yang mencabar ini menghadirkan sangat banyak naskhah muzik yang cukup berkualiti. Di legasi indie, anak-anak muda bergerak cukup radikal dengan menghasilkan sesuatu yang melawan arus muzik semasa tanpa menidakkan kepentingan pemasaran secara digital sebagai langkah mudah dan murah memasarkan muzik.
Peluang yang ada di platform digital memudahkan capaian untuk semua menikmati muzik dengan bebas. Pilihan ada ada di tangan pendengar namun jumlah stirm dan tontonan masih bukan pengukur sebenar kualiti sesebuah lagu. Ada sahaja yang mencapai jutaan views kerana mahu menarik audien melihat apa gimik sensational di sebalik pemasaran muzik yang bersifat peribadi semata-mata.

Coretan album terbaik muzik kita
Yang akhirnya hanya mengundang cacian dan hinaan. People dont talk about music anymore. Mereka berbicara tentang “content” yang katanya mampu menarik minat pendengar. Dan yang pasti menghasilkan kontroversi itu ternyata lebih mudah daripada mendidik pendengar untuk benar-benar melihat muzik itu sebagai medium seni dan budaya – refleksi generasi, pemikiran, idea dan attitude bermuzik.
Masih mampu kita bangga dengan keseriusan nama-nama seperti Dayang Nurfaizah, Alena Murang, Ramayan, No Good, S.O.G (Sekadar menyenaraikan beberapa nama) kerana masih mahu menghasilkan album penuh yang pastinya datang dengan kualiti muzik yang cukup tinggi sekalipun dari segi jumlah strim dan tontonannya tidaklah jutaan banyaknya – itu bukan hal penting di Muzik Kita. Kemampuan mereka menghasilkan muzik yang cukup berkualiti itu yang cukup dipandang tinggi.
Kemunculan bakat baru seperti Aisha Retno sebagai the future Pop star sangat membanggakan dengan penghasilan lagu berjudul “W.H.U.T” yang cukup booming sekali tidak hanya di pasaran tempatan tetapi fenomenanya menembus pasarasn muzik seberang, Indonesia. Sekali gus membuktikan dia harus lupakan seketika Balada OST yang tidak memberi apa-apa kelebihan buatnya bersinar. The future is R&B for her.

aisha retno sebagai the future pop star
Kebangkitan barisan komposer muda seperti Mas Dewangga, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves yang mendominasi komposisi lagu di lapangan komersial menghadirkan sentuhan Pop segar buat Ismail Izzani, Naim Daniel, Dolla, Siti Nordiana, Bunga dan Shiha Zikir antaranya. Pengaruh muzik global yang diadaptasi dalam komposisi muzik mereka memberi kelebihan untuk lagu-lagu tempatan tercipta dengan sound yang lebih current.
Bakat-bakat Urban tidak ketinggalan dalam memberi perspektif menarik pasaran muzik tempatan – Nama seperti MFMF., TY:DEL, Crinkle Cut, SHN, Mayabayu antara yang menarik perhatian selain kemunculan Aizat Amdan sebagai Ai.Z yang tahun ini siap hadir dengan dua single dalam persembahan bunyi serba baru bagai kelahiran semula yang cukup mengujakan untuk dilihat masa depannya.
Muzik Kita buat tahun keempat tahun ini menyenarai lengkap 50 Rilis Terbaik yang melangkaui batas genre, konsep, idea dan penerimaan. Tanpa mengira siapa yang popular, teratas di carta muzik atau yang paling banyak jumlah tontonannya Muzik Kita meraikan muzik terbaik sepanjang tahun ini dengan mengangkat ilham penuh kreativiti, individuality dan originality mengangkat standard muzik tempatan ke tahap yang lebih baik.
Penghargaan dalam bentuk artikel akan terus dihasilkan sementara masih belum kami bermodal menyiapkan trofi buat semua pengkarya. Berikut 50 RILIS TERBAIK 2021

1. VETO (DJ CZA / TUJULOCA / MK)
(DJ CZA / TUJULOCA / MK)
Landskap Hip-Hop DJ CZA berevolusi dengan kolaborasi generasi baru Hip-Hop – TUJULOCA dan MK. “Veto” bergerak sebagai tenaga baru muzik Hip-Hop tempatan yang datang dengan ilham muzik yang cukup kemas bervisi. Penekanan pada penulisan liriknya yang cukup unik dengan penggunaan bahasa yang jarang digunakan – julo, adikudrati, ekahala dan lainnya membuatkan lagu ini sebagai naskhah yang cukup terisi berat kritikan sosialnya.

2. PUAS (RAMAYAN)
(Mohamed Syafi’i Mohd Nasir / Ramayan)
Ramayan meniti kedewasaan bermuzik dengan penuh kematangan. “Puas” bergerak mewakili lagu lainnya di album “Di Persiaran Cakrawala” yang meneruskan kelangsungan idea, kreativiti dan kesungguhan bermuzik mereka. Kraf muzik di lagu ini seperti kosmik menyala terang dengan tersendiri sekali. Melodi lagu ini antara yang terbaik terhasil sepanjang tahun dan harus diberi lebih perhatian.

3.PUSAKA (SALAMMUSIK)
(Ashraaf Ahmad Azlan / Muhammad Jabir / Muhammad Irhas Naim)
Ilham nusantara Hip-Hop Salammusik diteruskan menerusi single “Pusaka” yang amat jarang diperkatakan. Pertembungan dua budaya muzik dalam satu lagu yang dicantum keindahan penulisan lirik yang cukup puitis meletakkan Salammusik sebagai bakat muzik yang sangat penting untuk diberi penghargaan. Dan ya, “Pusaka” menjadi naskhah terbaik penyatuan Hip-Hop dan Melayu Asli dalam sebuah lagu yang harus dijadikan rujukan.

4. GITU’AN (ALENA MURANG)
(Alena Murang / Joshua Maran)
Alena Murang meninggikan standard lagu-lagu Etnik Sarawak dengan cukup mengagumkan sekali. Menghayati penghasilan “Gitu’an” menjadi bukti bahawa muzik Etnik itu mampu terhasil cukup grand untuk bergerak sendiri tanpa perlu bergantung penyatuan jaluran muzik lain untuk berdiri seiring muzik global lainnya. One of the most beautiful composition tahun ini.

5. D’KOLUPO (NO GOOD)
(Ali Johan Edrei / Syed Ismail Syed Mohamed / Wan Azry Wan Azlan)
Muzik No Good ternyata merasuk. Berani datang dengan ilham berbeza menggabungkan muzik Punk, instrumen gong dalam penulisan lirik loghat Kelantan, kreativiti mereka membuka mata pendengar bahawa muzik itu melangkaui batas jaluran dan bahasa. Jika kena dengan percaturan ia akan menjadi naskhah muzik yang sangat baik. Dan hal ini terbukti dalam penghasilan D’Kolupo – sebuah persembahan idea dan pengalaman yang menyatu dengan cukup kreatif.

6. SENTIASA (FIRDAUS RAHMAT)
(Dari / Iqie Hugh)
“Sentiasa” menjadi tafsiran Balada terbaik tahun ini. Melodinya simple tetapi punya daya pemikat yang sangat kuat dalam kelembutan melodi dan kemasan muzik yang cukup current. Penulisan liriknya juga tidak berarah patah hati tetapi ditulis dengan penuh kemanisan dan keindahan. Lagu ini harus menjadi kiblat baru penghasilan Balada di masa mendatang.

7. W.H.U.T (AISHA RETNO)
(Aisha Retno / Radityoo)
Aisha is the future of Pop star. “W.H.U.T” menjadi bukti dia hanya perlu menjadi dirinya tanpa perlu terikat dengan kehendak pasaran muzik tempatan untuk shine bright. Lagu ini cukup current, moden dan penuh dengan attitude dalam persembahan vokalnya. Aisha is definitely one of the best new talent yang kita miliki hari ini.

8. MASIH (MAYABAYU)
(Beverly Matujal / Angie Farr)
Mayabayu menghasilkan sebuah melodi sayu dengan cukup kekinian sekali. Instrumentasi muzik di lagu ini sangat menarik untuk dinikmati memberi nilai tambah pada penghasilan melodinya yang syahdu. Bermain dengan efek vokal yang memberi feel berbeza, “Masih” menjadi melodi sentimental yang cukup indah sekali penghasilannya dengan pengisian lirik yang menjentik rasa.

9. AMARAN (SITI NORDIANA / BUNGA)
(Mas Dewangga / Firdaus Rahmat / Bunga)
Siti Nordiana keluar daripada kepompong Balada lemannya dengan kejutan manis di rilis ini. “Amaran” sebuah penyatuan muzik EDM dan Tradisional yang dicorakkan mengikut corak Pop Siti Nordiana yang dibaluti lembut persembahan vokalnya. Terhasil cukup catchy, lagu ini menjadi arah baru muzik Nana yang pastinya mampu meluaskan pasaran muziknya.
10. SEPI / 세피 (AINA ABDUL)
(Aina Abdul)
Aina Abdul menerusi “세피” (Sepi) menzahirkan sesuatu yang lebih structured, tetapi masih beremosi dan menyentuh tanpa perlu terlalu menjadi kompleks. Pertaruhan Balada Melayu yang rintih resahnya itu disampaikan vokal hebatnya dalam lirik berbahasa Korea tidak kedengaran canggung penghasilannya. Malah tidak salah jika naskhah ini kita sifatkan sehebat kebanyakan K-Ballad yang ada di pasaran global.
11. Yang Asli (Margasatwa)
12. Syahadah (Faizal Tahir)
13. Ciao (Joe Flizzow / MK / Jay Park)
14. Timur Laut Barat Daya (Bayangan)
15. The Last Thing (Ai.Z)
16. Antara Seribu (Fairuz Hussein)
17. Senja Yang Tua (S.O.G)
18. Jauh (Nusarasa)
19. Lonely (Airliftz)
20. Janjiku (Kaka Azraff)
21. Mainan (Naim Daniel)
22. Disko Kilat (Joyberry)
23. Sayang Aku Tanya Apa Khabar (Dayang Nurfaizah / Zynakal)
24. Goodbye, Hello (Syamel & Ernie Zakri)
25. Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
26. Patah Seribu Hatiku (Shila Amzah)
27. Getaran Cinta (Countrywolves)
28. Nota Hasratku (Ahmad Adly)
29. Penat (Daiyan Trisha)
30. Luka Hati (Alan D / Faizal Tahir)
31. So In Love (TY:DEL)
32. Bintang (TUJULOCA)
33. Gelap (Satwo)
34. Kamu (Ismail Izzani)
35. Naik (Abubakarxli / Shalma Eliana)
36. Tunggu (V.E)
37. Fool (Aina Abdul)
38. Lenyap (Usop)
39. Esok (Amir Masdi)
40. Apocalypse (SHN / TY:DEL)
41. Sengsara (Khai Bahar)
42. Cinta Denganmu (Aisha Retno)
43. Nang (Iman Troye)
44. Beku (Hazama & Elizabeth Tan)
45. Biru Malam (Chubb-E / Amir Masdi)
46. Soyuz Menuju Martin (Alchemist)
47. Tak Sangka (YONNYBOII / ZYANAKAL / ASYRAF NASIR)
48. Bingkai Rasa (Heidi / Ruang Hati)
49. Rindu (MFMF. / Airliftz / Alex Ungku)
50. Intan Payung (Bunga / Noraniza Idris)
ARTIKEL BERKAITAN