Lagu: Labu
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer / Lirik: Amirul Hakim / John Bear
Saya mula mengenali Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS) ketika berlegar-legar di laman YouTube Kamar Seni dan menemukan saya dengan rakaman langsung “Terbang” yang di muatkan di EP 2018 berjudul “Bumantara” yang pantas mengingatkan saya pada Salammusik.
Percaturan Raggae , Ska dalam lagu-lagu mereka dengan perincian instrumen all those sax yang diselitkan dalam setiap lagu mereka menghasilkan feel yang berbeza untuk pendengar Pop seperti saya.
Melewati kalendar muzik tempatan pasaran muzik Raggae, Ska begini sudah tentu saja dibesarkan secara meluas oleh Gerhana Ska Cinta dan Spider di era 2000-an dulu sebelum perlahan-lahan pengaruhnya terhenti dan disambung Salammusik. Sehingga menghadirkan nama BNHS ini sebagai pelapisnya.
“Labu” menjadi pertaruhan terbaru mereka dalam menawan hati pendengar muzik tempatan. Terhasil dalam acuan muzik yang sinonim dengan apa yang sudah mereka hasilkan sebelum ini, “Labu” terhasil sebagai sebuah naskhah kritikan sosial dalam penulisan liriknya yang tajam menegur.
Melodinya baik, ada daya pemikat untuk kita mendengar ke hujung lagu. Intronya sahaja sudah buat saya senang dengan lagu ini yang mencedok ilham Jazz di awalnya sebelum Raggae itu mendominasi keseluruhan lagu.
Susunan kata-kata di bahagian liriknya menarik untuk dihayati, dominasi kapitalis dan kleptokrat memanipulasi orang tak berkuasa menjadi isi cerita yang relevan dengan apa yang terjadi hari ini. Hal ini jelas dalam bait “Lembutnya jari kau atur, Alih buah catur, Hingga mereka tersungkur.”
Effort band ini untuk memberi satu warna berbeza cukup baik. Tidaklah kita stagnant dengan ilham Pop serupa. Cuma kebimbangan saya terhadap behavior pendengar muda hari ini adalah dominasi mereka memilih apa yang mereka suka sahaja akan membuat muzik begini sedikit terpinggir.
Keterbukaan mendengar muzik yang bermacam-macam itu sudah tiada lagi hari ini. They chose what they want to hear dan meminggirkan apa yang tidak sedap di pendengaran mereka. Saya sangat berharap muzik begini akan dapat lebih exposure media-media besar untuk menghebahkan dan pada masa yang sama mendidik pendengar kita.
Tapi itulah, kita semakin hilang quality control itu dan media juga hanya menurut apa yang trending untuk berkongsi trafik. “Labu” sudah tersedia di semua gedung muzik digital – boleh didengar secara percuma. Dan jika anda membaca artikel ini ke hujung, go stream now.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN