
Trend pelawak menjadi penyanyi di era 80-an dan 90-an itu banyak digerakkan nama-nama besar seperti Ali Mamak, Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid menerusi rakaman album penuh mereka sebelum idea Pop Komedi ini diteruskan Senario yang cukup booming di era 90-an bersama Ambang Klasik.
Nama Imuda cukup sinonim dengan watak Budin menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara yang mencuba nasib dalam merakamkan album penuh dengan mengambil ilham komikal dalam persembahan muzik secara keseluruhan. Dan ilham ini diterbitkan EMI ketika itu sudah tentu kerana kejayaan Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik yang berjaya mencuri perhatian.
“Dengar Ini Cerita” dihasilkan pada tahun 1997 merupakan album kedua Imuda bersama EMI Music ketika itu. Album perdana Imuda beredar pada tahun 1993 dengan judul “Terang Gelap” mendapat sentuhan muzik Usop dan Sani Sudin daripada kumpulan Kopratasa sedikit sebanyak membantu meneruskan kelangsungan populariti Imuda.
Menerusi album kedua ini, Imuda bersama produser Roslan Mamat (Fitri) menghasilkan rangkaian rakaman semula lagu-lagu P.Ramlee dengan ilham Raggae, Tekno dan sedikit Rap yang disatukan dalam persembahan Pop dan bersahaja Imuda.
Mendengarkan album ini kemabali di tahun 2021 saya kira ia terhasil cukup sloppy dan merapu. EMI pada ketika ini say akira hanya mahu menghabiskan sahaja kontrak album bersama Imuda dengan penghasilan album ini.
Sejujurnya programming dalam album ini terlalu teruk sekali penghasilannya. Ada pengaruh Dangdut juga namun it sounds trying hard jus to fit in the trend.
Imuda juga dalam kebanyakan lagu dia sangat merapu. Ini antara album yang saya tidak mampu habiskan untuk mendengar kesemua 14 trak rakaman semula P.Ramlee yang saya kira begitu membunuh keaslian lagu-lagu yang terhasil lebih baik di versi asalnya.
Mendengarkan album ini tidak salah jika saya sifatkan ia sebagai percaturan yang gagal EMI dalam menyaingi kehebatan album-album Jalil Hamid dan Harun Salim Bachik bersama Pony Canyon ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN
Mendengarkan Kembali Pasaran Muzik Era 80-an Ramlah Ram Sebagai Brand New Pop Sensation