Sepekan Muzik sebuah kolum kompilasi ulasan lagu-lagu popular semasa yang dibuat secara ringkas namun padat. Akan disiar setiap sabtu jam 10 Pagi di laman web ini.

Lagu: Kabut Serangkai Mawar
Artis: Mafarikha
Komposer / Lirik: M.Nasir
Produser: Ashraf Aasimudin
Verdik: 4/10
Mafarikha menghadirkan pesona baru “Kabut Serangkai Mawar” yang datang dengan semangat baru oleh Ashraf Aasimudin yang menyusun kembali lagu ini. Cuma saya kira ia akan lebih cantik jika beberapa bahagian asal lagu ini tidak diambil dan dilagukan dengan serba baru especially di bahagian “Tapi telah ku tahu akan maksudmu..” Bahagian ini terlalu old fashion dan berteriakan. Rujuk bagaimana NJWA mengembalikan semangat Seri Mersing dengan membuang bahagian tertentu dan menjadikan ia sangat segar dan kekinian. Bukan apa bila banyak sangat jeritan dalam lagu saya jadi penat nak habiskan lagu plus Mafa pun sebetulnya kedengaran penat di bahagian hujung lagu ini.

Lagu: Nukilanku
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Aisha Retno
Produser: Farouk Roman
Verdik: 4/10
Aisha penyanyi yang sangat bagus dan terlalu banyak potensi untuk dikembangkan sebagai pelapis muzik tempatan di masa mendatang. Setelah single “Cinta Dengamu” yang beredar awal tahun ini, Aisha kembali lagi dengan Balada yang melatari OST drama tempatan yang berawal cukup indah lembut membuai. Mainan suaranya kemas dan sangat merdu sehinggalah minit ke 2.02 yang buat saya berkata dalam hati “Haa ok start dah.” Aisha masih muda dan boleh dibentuk untuk jadi Pop star yang cukup current. R&B Kontemporari harus menjadi jaluran muziknya jika tidak sayang sangat dia hanya mensia-siakan diri sahaja menjadi penyanyi OST. Saya sangat berharap Aisha boleh stop sekejap buat Ballad dan masuklah ke pasaran lebih urban bersama MFMF. atau MyPopMachine (Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga).

Lagu: Mahligai
Artis: Daniesh Suffian
Komposer / Lirik: Dasniesh Suffian / Firdaus Rahmat / Hanis Rafi / Iqie Hugh
Produser: Hanis Rafi / Omar K
Verdik: 4.5/10
“Simpan” saya letakkan sebagai lagu terbaik yang mempu menyerlahkan lagi bakat Daniesh Suffian di pasaran muzik perdana. Penghasilan lagu tersebut cukup memberi justifikasi yang baik buat suara miliknya yang saya sifatkan antara Pop terbaik yang terhasil tahun lalu. “Mahligai” hadir sebagai single sulungnya tahun ini yang hadir dalam Balada yang agak predictable sebetulnya. Seperti kurang hook pada melodinya untuk menangkap pada pendengaran pertama. Namun Daniesh penyanyi yang bijak dalam persembahan emosinya yang mencukupi.

Lagu: Rambang
Artis: Shalma Eliana
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Mas Dewangga
Produser: Mas Dewangga / Firdaus Rahmat
Verdik: 3.5/10
Saya agak keliru dengan kraf lagu ini, agak sloppy dan macam ada tiga empat lagu yang kita pernah dengar dalam satu. Melodinya asasnya sudah ada cuma transisi verse ke korusnya itu terlalu terburu dan agak tak tentu arah. Penulisan liriknya juga agak aneh terutama di bait “Rahsia terbuka, Rambang kanta, mata buta” dan “Kau teruna puncaku menderita” tidak solid dan saya agak terganggu dengan vokal Shalma yang terlalu mediocre untuk Pop yang begini. Sebagai fans Firdaus dan Mas Dewangga saya kira lagu ni macam kurang siap. Entahlah mungkin saya sajalah agaknya yang rasa macam ni.

Lagu: Adakah Ini Mimpi
Artis: Reedzwann
Komposer / Lirik: Reedzwan
Produser: Harry Khalifah
Verdik: -1.5/10
Hmm… Penyanyi bermusim, one hit wonder. Dari wujudnya Aiman Tino, Tajul, Sha, Ismaeane, Fieya Juliana, anak arwah Saleem tu apa tah namanya dan selain-lainnya semua datang dan pergi bagai angin lalu. Tak rasa bersalah ke suap pendengar dengan lagu-lagu macam ni? Takde ke rasa nak tinggikan standard muzik tempatan ni dengan lagu-lagu yang lebih current dan bersifat global? Membentuk intelektual pendengar itu jadi tanggungjawab label, komposer malah penyanyi. Saya tak tahu kehadiran lagu ini sampailah nampak dalam carta RIM. Dan setelah mendengar, mengucap panjang saya dibuatnya. Macam ni masih lagi orang nak dengar ya? atau Adakah Ini Mimpi? Tell us!

Lagu: Pedas
Artis: Wany Hasrita
Komposer / Lirik: Altimet / Shazee / Sophia Liana
Verdik: 4.6/10
Seronok juga melihat Wany keluar kepompong Balada yang tak berkesudahan. Lagu ini saya kira acceptable untuk seorang Wany Hasrita – tidaklah terhadir dalam idea baru yang sangat sedap atau luar biasa penghasilannya, just ok. Wany perlu bergerak ke arah Pop begini untuk evolve sebagai penyanyi kalau tak memang dia akan jadi Siti Nordiana for the rest of her careeer. Kalau saya jadi FMC, saya akan ambil beberapa ilham Pop Siti menerusi “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Destinasi Cinta”, “Siapa Tak Mahu” dengan acuan baru, cara baru untuk Wany menjadi lebih berkelas dalam tempo karier muziknya. Tak perlu ada rap pun. Rujukan sangat banyak hanya perlu betul-betul explore kebolehan Wany sahaja.

Lagu: Nada Kalbu
Artis: Aina Abdul
Komposer / Lirik: Farouk Roman / Aina Abdul / Aisha Retno
Produser: Farouk Roman
Verdik: 4/10
Aina ternyata sedang seronok melayari pasaran Pop komersil dengan penghasilan Balada demi Balada meruntun jiwa seperti ini. Vokalnya memang sangat kemas, perasaannya juga sangat tepat diisi di setiap bahagian lagu ini. Melodi lagu ini seperti biasalah terlalu Melly-ish Goeslaw. Dan seperti biasa juga sebagai pendengar yang kurang gemar Balada berteriakan begini, saya agak lemas dengan transisi lagu ini di bahagian hujung yang menaik-naik entah nak ke mana. Saya sangat enjoy di bahagian awal lagu ini especially verse yang buat saya pejam mata terlarut dalam emosinya. Tapi yang beginilah orang akan suka.
ARTIKEL BERKAITAN
Terbuai Dalam Gemersik Suara “Ezah Hashim” Menerusi Single “Jeritan”