
Saya mula mendengar Butterfingers lambat sebetulnya. Muzik mereka hanya mampu saya hadam dan faham semasa Selamat Tinggal Dunia diedarkan. Dan hanya selepas itu saya perlahan-lahan belajar mendengar Transcendence juga Malayneum (Transcendence all time fav saya) untuk lebih memahami corak muzik mereka.
Biar tidak faham pada awalnya (sebelum Selamat Tinggal Dunia) saya tidak menafikan mereka antara genius muzik lokal yang kita ada. Eksperimental dalam Selamat Tinggal Dunia antara album paling hebat yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu – sehebat Gamal (Zainal Abidin) Sheila Majid (Ratu) KRU (Oh La! La!)
Selepas itu, saya mendengar Loque dalam satu gig menyanyikan lagu Cinta dan ya saya jatuh cinta. Lagu Cinta turut dimuatkan dalam album Hikayat Halimunan Abad ke-21 – Jejak Tanah yang sekali lagi membuka mata saya betapa kreatifnya Loque dalam memanipulasi melodi nusantara dengan apa jua influence barat yang ada dalam dirinya.
I mean, dengar saja kolaborasi maha hebat bersama Azlina Aziz dalam Batu Belah Batu Konkrit. Lagu itu sahaja sudah boleh jadi alasan mengapa saya tidak kisah untuk mengeluarkan wang untuk membeli CD. Antara fav lain adalah Kupu-Kupu Malam dan Gurindam Hutan Batu.
Okey sekarang saya nak bercakap fasal Jangan Puja Sampai Kecewa. Album ini terlebih dahulu diperkenalkan dengan lagu Ringgit few years back. Dan nasihat saya bagi yang sukar enjoy Monoloque cara terbaik adalah baca naskhah lirik yang ditulis sambil mendengar especially untuk pendengar tegar Pop Siti seperti saya (tapi SimetriSiti sucks).
Bait lirik Ringgit paling relevan dan mind blowing. Baca bait di bawah:
“Bila poket kosong
Ramai orang lekas tersinggung
Cari kertas gambar Agong
Kalau takde bungkus balik kampung”
Bila jatuh pokai
Semua rancangan terbengkalai
Borak pun dah tak berlagak pandai
Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit
Feel rock n roll dalam Badang Kotaraya sebuah lagi lagu hebat dalam album ini, saya fikir pada saat ini Loque tahu apa yang perlu ada untuk bikin sebuah lagu daripada formula sedia ada dengan eksperimentasi muzik nusantara yang cukup segar sekali.
Selagi Ada Waktu adalah lagu terbaik dalam album ini. Feel lagu ini luar biasa, penulisan Loque sekali buat saya kagum. Lagu ini ibarat satu kalam humanisme yang cukup religious digerakkan dengan penciptaan melodi yang bagus dan feel Loque yang baik dalam caranya tersendiri. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sebelum ke trak seterusnya. Dan saya sifatkan ini lagu paling deep yang pernah dihasilkan MonolQue.
Masih Aku Terasa lagu saduran Gersang agak disturbing (atau saya anggap saya kurang faham rendisi ini). Intro Cikgu sedap dan bagus – overall lagu ini bagi flavour yang bagus untuk melengkapkan Jangan Puja Sampai Kecewa.
Album ini ditutup dengan Abah yang begitu emotional sekali. Ada feel lagu Cinta. Saya tak tahulah kalau korang dengar lagu ni dan tanpa ada rasa apa-apa korang ada masalah perasaan. Ini lagu yang saya ulang dengar berkali-kali-kali-kali.