Terakhir saya menonton Noryn Aziz secara live di Alexis, Ampang sekitar Jun 2010 bersempena pelancaran album I’m Alright (Baca di sini: https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/06/noryn-aziz-im-alright-showcase.html) dan saya kira itu yang terakhir persembahan terbuka Noryn yang paling intimate pernah saya tonton. Sebelum itu saya pernah menonton Noryn bersama Atilia di Alexis juga. Sejak itu, Noryn sudah menjadi favorite vocalist local yang kita ada.
Selepas fasa I’m Alright, Noryn senyap entah di mana dan ke mana hilangnya sehinggalah perkhabaran perkahwinannya diwar-warkan secara meluas di media cetak khususnya. Dan sejujurnya, saya sudah putus harapan untuk mengharapkan Noryn kembali aktif.
Biasalah bergelar penyanyi di Malaysia (wanita khususnya) fasa selepas perkahwinan akan membuatkan momentum kerjaya mereka sedikit perlahan. Hal ini terjadi pada nama-nama besar seperti Ziana, Liza Hanim dan Noryn sendiri.
Dan hari ini selepas tujuh tahun persembahan I’m Alright di Alexis itu, perkhabaran Noryn akan kembali aktif di instagramnya buat saya teruja tapi tidaklah begitu mengharap. Namun saya nyata silap, Noryn Aziz masih ada segala apa magis, keupayaan dan yang paling penting soul dalam nyanyiannya.
Malam minggu yang lalu berlangsung di Bobo KL, Bangsar – Noryn kembali dengan persembahan cukup intimate bersama pemuziknya – Wan Gigi (Gitar), Fly Bass (Bass) dan So Wei Li (Piano) di belakang Noryn menzahirkan segala nota-nota muzik di kertas menjadi satu nuansa Jazz yang sangat-sangat berjiwa malam tersebut.
Noryn malam itu menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular seperti I Will Survive, For Once in My Life, Rapture, Summertime dan yang paling buat saya melayang adalah rendisi tersendirinya dalam Rolling In The Deep yang begitu soulful sekali. (Sampai lupa nak rekod and now menyesal lol)
Selain rangkaian lagu-lagu berat penyanyi barat Noryn tidak ketinggalan menyampaikan lagu daripada album terdahulunya Alam Maya seperti Kembalikan dan all time favorite saya Make It on My Own (yang saya boleh dengar bila-bila masa sahaja sebab lagu ni maha dasyat penciptaannya)
Saya pulang ke rumah senyum puas. Bukan apa dah lama sangat rasanya menanti dan penantian amatlah berbaloi. Noryn masih ramah di pentas, spontan dan saya ulang sekali lagi jiwa dalam nyanyiannya masih sama seperti tujuh tahun dulu ketika di Alexis.
It was a wonderful night, saya berharap Noryn akan full active sebab kita sangat memerlukan bakat yang serius dalam muzik seperti Noryn Aziz ini untuk tunjuk pada bakat baru khususnya what is singing and what is music.
Among the crowd malam tersebut Najwa Mahiaddin dan Aubrey Suwito dan reaksi Noryn ketika mempersembahkan lagu Make It On My Own dan ternampak Aubrey cukup lucu dan spontan. Komunikasi Noryn dengan crowd sangat baik. She was born not just to sing but to perform and to entertain in a very good way, in a very soulful way. Okay I should stop #lol #brocuba #insidejoke

