
gambar: glam malaysia
Separuh usianya diabdikan sebagai penghibur yang memberi inspirasi dan senantiasa dilimpahi kasih sayang penggemarnya senusantara. Buatlah apa sahaja sukar kiranya untuk kita mengenepikan Siti dalam senarai bintang paling disenangi sepanjang zaman.
Seawal “Camar Yang Pulang” didendang penuh pesona di pentas akhir Bintang HMI dia sudah menarik perhatian saya dengan stail nyanyiannya yang cukup tersendiri. I mean who sing like that in 1995? Lenggok R&B yang dipersembahkan dalam lagu tersebut tersemat kemas jiwa melayunya.
Dan di debut 1996 terbitan Suria Records dengan garapan music maestro arwah Adnan Abu Hassan menawarkan barisan single Pop seperti “Jawapan Di Persimpangan”, “Jerat Percintaan” dan all time favorite saya “Antara Usia & Waktu” yang cukup mencuri perhatian.
Percubaan Adnan memberi warna berbeza dalam Pop ketika itu mungkin tidak terlalu ketara tetapi stail serta persembahan vokal Siti dalam album tersebut cukup original sekali.
Bait “Hujan turun tak berirama mentari pudar cahayanya…” dalam Antara Usia & Waktu is major!
Saya boleh ulang dengan tanpa pernah ada jemu. And again di Malaysia who sing like that in 1995? Liza Aziz mungkin. Warna vokal dalam menyampaikan maksud dalam lagu secara terus ke jiwa yang mendengarnya. She’s the master of it sebelum muncul yang lain mengikut formulanya.
Dan obsesi saya terhadap Siti diteruskan dengan “Satu Cinta Dua Jiwa” yang juga masih saya dengar sehingga hari ini. Dress suit fuchsia Michael Ong malam Juara Lagu ’99 masih ingat? One of her best outfit.
Lebih dua dekad di persada muzik, Siti saya kita satu-satunya penyanyi yang sudah bekerja dengan hampir semua produser muzik ternama.
Namakan saja siapa, Ajai, Adnan, Azmeer, LY, Aubrey Suwito, Helen Yap, SharonPaul, M.Nasir, Mac Chew, Jenny Chin, Roslan Aziz, Pak Ngah, Aidit Alfian, Audi Mok. Semuanya sudah berjaya menghasilkan karya malar segar buatnya.
Malah sensasi Pop seberang, Melly Goeslaw, Glenn Fredly juga Dewiq yang mencipta barisan hits seperti “Biarlah Rahsia” dan “Bukan Cinta Biasa” yang ternyata sekali bukan biasa-biasa hasilnya.
Menyambut usia 40 tahun ini, Siti bakal tampil tour yang telah disusun di beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih manis tahun ini bakal menyaksikan kembalinya Siti di pentas Royal Albert Hall London dalam siri Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
Satu demi satu kejayaan diukir tanpa perlu kita ulang kerana semua sudah termaktub dalam ingatan. Konsert demi konsert yang tidak pernah gagal memberi kepuasan dan rangkaian lagu-lagu malar segar yang akan sentiasa kita dengar dan raikan kegemilangannya.
Siti jarang gagal buat saya kagum setiap kali melihatnya di depan mata. Pertama kali menonton di Istana Budaya untuk konsert Satu (2009) kemudian Konsert Where The Heart Is di KLCC Plenary Hall (2014) dan yang terakhir saya di Konsert Siti & Friends (2016) di Stadium Negara – semuanya menawarkan pengalaman menikmati “Siti” dengan penuh senyuman kepuasan.
Dua dekad berteduh di bawah lindungan restu penggemar muzik nusantara sebagai pembuka juga penerus rezeki dalam kudrat yang tak henti, nama Siti saya kira sudah terlalu gah di lapangan muzik yang “Tingginya tidak terlawan…” (Cindai; 1997)
Untuk Siti, dari Muzik Kita – Happy Forty!

Pautan Artikel Berkaitan Siti:
10 (Sebelas) Lagu Siti Nurhaliza Ini Patut Dirakam & Dirilis Semula
Sumber gambar: GLAM Malaysia.