
Rencana muzik tempatan tahun ini sebetulnya tidaklah terlalu berevolusi dengan penghasilan muzik yang terlalu gah tetapi masih ada ruang dipenuhi dengan anak muda yang sentiasa mahukan sesuatu yang ke depan dan current. Pasaran muzik Hip-Hop khususnya cukup menunjukkan perkembangan positif dalam meninggikan martabat muzik tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.
Nama senior seperti Joe dan Altimet sudah selesa di kedudukan mereka dalam meneruskan kelangsungan pasaran muzik ini. Upcoming music producer seperti Alif khususnya amat membanggakan dengan penghasilan hit-hit sepanjang tahun. Bermula dengan Buat Selamanya kemudian Luar Biasa (Ismail Izzani), Sibuk (Kaka), Satu Peluang (Andi Bernande), Sampai Jadi (Joe & Alif), Sang Saka Biru (Altimet, Sonaone, Joe & Alif) dan Semua Sudah (Elizabeth Tan) – Alif mencipta satu kosmik muzik yang cukup current sekali.
Alif seperti apa yang pernah saya tulis sebelum ini (Baca Di Sini) mampu mencorak pasaran muzik tempatan ke arah yang lebih membanggakan. Jika Indonesia ada Dipha Barus saya kira kita harus bangga dengan citarasa muzik, kredibiliti dan dengan semua hasil karya yang dia sudah produce hari ini. Dan tidak salah rasanya Warner Muzik melantiknya mengepalai label “Black Hat Cat” – individu paling tepat sekali.

Zamaera tampil cukup meyakinkan menerusi single Z VS Z
Bakat Baru Harapan 2018
Dalam legasi Pop, terlalu ramai kiranya nama-nama baru yang tidak perlu saya sebutkan semua kerana dari segi citarasa ia bukan di par legasi yang Muzik Kita mahukan dalam menjadi wakil muzik negara. Santesh, One Avenue Band, Floor 88 atau Ara Johari terlalu domestik sifatnya dan biarlah mereka di situ selamanya.
Dalam legasi urban nama-nama seperti Airliftz, Zamaera, Kuizz, Aina Abdul, Talitha, Kaka Azraff, Lunadira mampu digilap menjadi bintang masa depan yang mampu bersinar tanpa kita rasa malu.
Gemersik suara Jamilah menerusi lagu “Imaginasi” yang diciptanya sendiri bersama Shereen Cheong antara yang paling menarik perhatian.
Entah bila agaknya kali terakhir saya mendengar alunan merdu begini tanpa perlu show off ability yang keterlaluan. Semuanya berdasar rasa dan kualiti rakaman yang cukup baik. Saya mahu melihat perkembangan karier muzik Jamilah di tahun 2019 menjadi lebih besar skalanya.
Zamaera, Aina, Kuizz dan Airliftz sudah berada di landasan yang betul. Apa yang mereka perlukan adalah untuk terus berkarya tanpa perlu berhenti atau memikirkan apa yang pasaran semasa tempatan mahukan. Pasaran luar lebih besar untuk dikejar daripada sibuk nak masuk AJL seperti ermm tak mengapalah.

percaturan mengena andi bernande menerusi lagu “satu peluang”
Andi Bernande, Asad Motawh dan Ismail Izzani tiga bakat yang saya kira jika diberi lebih peluang mereka akan evolve seiring usia. Acuan muziknya sudah berada di percaturan yang tepat – cukup segar, modern dan current. Ada muka yang boleh dijual, pemasaran muzik yang betul dan terus terang lagu mereka not bad at all. Selain Aziz Harun yang semakin konsisten dan cemerlang.
Dua single Ismail, “Luar Biasa” dan “Bidadari” juga lagu As’ad Motawh “Percaya” sudah cukup sebetulnya. Saya paling sukakan acuan Alif buat Andi Bernande dalam “Satu Peluang”. Setidaknya pasaran muzik serta citarasa mereka lebih baik daripada Selamat Tinggal Sayang atau Di Matamu.
Good Comeback, Bad Comeback!
Gegar Vaganza seperti biasa menjadi medan untuk mengembalikan bintang-bintang lama mendapatkan landasan pemasaran yang tepat. Sarah dengan single “Semakin” antara yang cukup cemerlang di bahagian rakaman suaranya.
Liza Hanim (Mimpi) dan Aishah (Malar) antara yang nyata masih berbisa tetapi pasaran muzik mereka mungkin semakin kecil atas faktor zaman dan era yang tidak masuk dengan citarasa anak-anak muda khususnya. Tetapi penghasilan kedua-dua single ini cukup baik sebetulnya.
Dan ya, Misha Omar yang cukup menjadi sekali comeback nya dengan lagu berhantu Sampai Bila yang cukup melankolik sekali penghasilannya.

comeback yang paling menjadi dan membanggakan tahun ini
Fenomena pasaran muzik artis senior semakin kecil sebetulnya normal jika di Amerika Syarikat sekalipun. Brian Mcknight, Toni Braxton, Christina Aguilera dan Celine Dion contohnya tampil dengan lagu baru yang hanya sekadar mampu menarik perhatian penggemar sedia ada. Itu saya kira kitaran biasa pemasaran muzik yang sentiasa mahukan yang baru.
Dan bad comeback? Azharina. Saya tepuk dahi mendengar dan menonton MV “Lakar Janji” yang terlalu teruk penghasilannya. Anda dengar, tonton dan nilaikanlah sendiri. Single “Cinta Terbagi Dua” karya Julfekar buatnya jauh lebih baik berbanding lagu ini.
Kebanyakan artis kita hanya invest untuk hasilkan material baru tetapi tidak invest untuk pemasaran muzik yang lebih luas.
Hal ini yang membuatkan sesebuah comeback itu gagal terus. Elyana, Syura (comeback yang amat merugikan), Lan Kristal, Ferhad antara yang sudah mengeluarkan single baru namun gagal mendapat perhatian atas faktor pemasaran yang tidak kuat. Belajar sesuatu daripada comeback Misha Omar – Lagu yang baik, imej yang kemas, muzik video kelas satu, penampilan live yang meyakinkan.
Zaman sudah berubah dan dalam setiap perubahan itu pasti saja ada revolusi yang dicipta. Rugi jika tidak grab peluang yang ada kerana landasan terlalu luas dan semakin banyak. Jika hanya mahu senang selesa di corak pemasaran serupa maka tidak ke manalah arahnya.
Berikut 50 Rilis Terbaik tahun ini yang dipilih tanpa ada quota untuk lagu Balada atau apa saja. Lagu-lagu dipilih kerana kualiti komposisi, rakaman, listrik lirik dan potensinya untuk menjadi wakil suara ke peringkat lebih global dan membanggakan.

1. Obvious – Sonaone & Alif
(Alif & SonaOne)
Obvious meninggikan citarasa muzik tempatan. Penghasilan lagu ini cukup segala ramuannya untuk kita mendunia. Alif saya letakkan sebagai up and coming music producer yang mampu mengubah globe muzik kita lebih ke depan, bervisi dan tidak lagi ketinggalan dua puluh tahun ke belakang seperti lagu-lagu yang ada di carta JOOX.

2. Ocean – NJWA
(NJWA)
Transisi Najwa Mahiaddin ke NJWA dalam EP self-titled yang beredar tahun ini sudah cukup membuktikan kematangan juga keseriusan NJWA dalam berkarya tanpa berkompromi dengan kehendak pasaran semasa. Ocean sebuah lagu yang cukup lengkap perasaannya. And definitely one of the the best vocal performance tahun ini.

3. Debar Lembut – Salammusik
(Muhd “Payung” Irhas / Ashraaf “Salam” Azlan)
Membaca teks lirik Debar Lembut membuat saya teringatkan kembali zaman lagu-lagu Zainal Abidin dan M.Nasir menerusi album awal mereka seperti Gamal dan Canggung Mendonan. Komposisi lagu ini dikemaskan cukup baik dengan feel yang cukup authentic dengan kualiti rakaman muzik kelas satu. People don’t do this kind of music anymore but they did dengan cukup cemerlang tanpa rasa pretencious. Terima kasih Salammusik untuk naskhah muzik paling indah tahun ini.

4. Shiver – Bunkface
(Sam)
Terus mahu kekal relevan dengan gerakan pasaran muzik global, Bunkface sentiasa berevolusi dalam muzik mereka. Dua single besar mereka tahun ini, “Shiver” dan “Apa Pun Tak Boleh” (Bersama Jeffry Din) antara naskhah muzik yang dihasilkan dengan cukup berkelas sekali.

5. Z VS Z – Zamaera
(Zamaera)
This girl is on fire! Zamaera membawa Hip-Hop tempatan ke tahap yang cukup membanggakan. All the strings and the emotion dalam Z VS Z menyatu bagai satu jiwa yang dalam sekali perasaannya. Zamaera menepis persepsi bahawa Hip-Hop itu tidak mampu menusuk rasa, Z VS Z menjadi naskhah yang cukup besar jiwanya tanpa perlu melantun nota-nota tinggi tak berarah. Good Job Z!

6. Shadow – Aina Abdul
(Aina Abdul)
Setelah beberapa single yang diedarkan sebelum ini, “Shadow’ saya kira naskhah terbaik Aina setakat ini. Lagu ini begitu kena dengan karakter vokal serta stail nyanyiannya. Aina antara bakat muda yang harus kita push untuk berada di tahap lebih jauh dan membanggakan. Power vocal miliknya begitu emas sekali. Sayang jika kita meminggirkan bakat begini.

7. Ego – Margasatwa
(Kimal)
Lama sebetulnya kita tidak diperdengarkan dengan folk pop nusantara begini. Seperti mendengar runut bunyi road movie, Margasatwa mengembalikan segala keindahan dalam muzik folk seperti mana yang pernah kita enjoy saat mendengar Kembara atau Kopratasa dulu tetapi dengan ramuan yang lebih segar dan terkini tanpa rasa basi sedetik saat pun dalam penghasilannya. Saya menantikan lebih lagi naskhah dari band ini. Lirik Ego bagi saya antara yang terbaik selepas Debar Lembut (Salammusik) dan Igauku (Mafidz).

8. Rahsia – Hafeez Mikail
(Dedeq & Malique)
Lagu ini sepatutnya menjadi benchmark ballad pop masa kini. Dedeq dan Malique menghasilkan ilham lo-fi yang cukup popular hari ini. Bakat-bakat seberang sudah banyak menuju kearah ini. Saya berharap nama-nama besar seperti Kaer, Dayang Nurfaizah atau Idayu dapat kearah muzik begini. Cukup segar dan sangat-sangat sedap penghasilan melodinya. Trak ini saya lihat seiring dengan lagu It’s You (Sezairi).

9. Layarlah Kembali – Dayang Nurfaizah
(Aubrey Suwito / Ad Samad)
Dalam legasi balada, struktur muzik Layarlah Kembali antara yang cukup kemas sekali penghasilannya. Aubrey bukan komposer biasa-biasa, dia menerbitkan satu rasa yang luar daripada apa pasaran hari ini mahukan tetapi perlukan. Bait lirik Ad Samad is everything ! Terlalu indah dan sedap sekali penulisannya. Ya, tentu saja disempurnakan vokal cemerlang Dayang Nurfaizah.

10. Sila Robek Hati Ini – Amir Jahari
(Amir Jahari)
Tampil serba baru serba matang serba hebat dalam album penuh keduanya “Siang & Malam” Amir mempertaruhkan single “Sila Robek Hati Ini” yang jauh meninggalkan lagu-lagu lapuk di carta radio. Baca saja review lengap di pautan ini (Review album Siang & Malam)
11. Satu Peluang – Andi Bernande
12. Sibuk – Kaka X Alif
13. Sampai Bila – Misha Omar
14. Vibe – Kuizz
15. Call Me When It’s Over – Airliftz
16. Igauku – Mafidz
17. Untuk Kamu – Nastia
18. Sampai Ke Hari Tua – Aizat
19. Hana – Aziz Harun & Hana Delisha
20. Sebelum & Selepas – Estranged
21. Starfeather – Faizal Tahir
22. DJ – Salammusik
23. Jutaan Purnama – Alyah
24. Izinkanku – Adeep Nahar
25. Stereotype – AKM
26. Gita / Malam – Bayangan
27. Imaginasi – Jamilah
28. When Love Was Around – Midnight Fusic
29. Tak Pernah Hilang – Amylea X Kaer
30. Malar – Aishah
31. Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
32. Percaya – As’ad Motawh
33. Bidadari – Ismail Izzani
34. Sebenarnya – Alif Satar & Siti Nordiana
35. Percayakan Hati Kita – Hazama & Noryn Aziz
36. Semakin – Sarah
37. Guilty Plea – Kyoto Protocol
38. Apapun Tak Boleh – Bunkface X Jeffry Din
39. Oh! – Leaism
40. Ada Dalam Tiada – Nora
41. Stuck With You – Lunadira
42. Sa-Ekor Burung – Mad & Rissa
43. Nyawa & Raga – Sarah Suhairi
44. Mimpi – Liza Hanim
45. Jangan Salah Faham – Kayda
46. Material – Bahiyya Haneesa
47. Hanyut – The Impatient Sisters
48. Ragaman – Faizal Tahir
49. Bangun – Aman Ra
50. Bahagia Itu Sederhana – Cora
ARTIKEL BERKAITAN
#502018 Dominasi Pasaran Urban, Kebangkitan Jiwa Baru & 50 Rilis Terbaik 2018 (Indonesia)