
Merayakan kepelbagaian muzik sepanjang tahun yang menderu laju radar rilisnya, tahun ini tahun yang cukup berwarna. Dalam sebuah wacana, Muzik Kita meraikan yang terbaik sepanjang tahun.
2023 Menjadi tahun yang cukup sihat untuk pengkarya muzik menghasilkan sesuatu yang baru dan segar seiring perkembangan muzik global. Pemasaran muzik yang semakin lebar dan mudah capaiannya memudahkan banyak pengkarya yang bergerak sendiri (indie) umumnya untuk memasarkan lagu sendiri tanpa perlu bantuan label.
TikTok menjadi masa depan untuk meraikan muzik. Banyak lagu-lagu yang terlepas mendapat ruang perhatian ketika diedarkan mendapat nyawa kedua untuk bernadi dan diperdengarkan. Hal ini sekali gus memberi ruang untuk penyanyi yang munngkin terpinggir sebelum ini mendapat ruang baik.
Contoh terbaik ialah Haziq Rosebi yang menggunakan sebaiknya perhatian yang diberikan pada lagu rakaman semula “Lemak Manis” yang tular di TikTok untuk kembali bernafas sebagai penyanyi pentas. Non-stop show buat Haziq sejak lagu ini meniti perhatian sejak awal tahun memberi rezeki baik buatnya.
Bercerita tentang “Lemak Manis”, pasaran muzik lagu-lagu tradisional semakin semarak dengan hits “Umpan Jinak Di Air Tenang” persembahan Dayang Nurfaizah. Diramu cukup grand bersama iringan orkestra Budapest Scoring Orchestra begitu meninggikan standard muzik tradisi Melayu ke tahap yang sangat baik.
Haziq dan Dayang Nurfaizah kiranya sudah menghidupkan kembali lagu-lagu berirama tradisional untuk kembali bernadi dan didekati generasi lebih muda yang mungkin sebelum ini tidak pernah mendengarkan pun versi asal kedua-dua hits tersebut.
Tahun ini juga menjadi tahun yang begitu positif untuk pasaran album penuh juga EP. Baik yang berada di radar muzik semasa mahupun indie, semuanya siap menghasilkan sesuatu untuk pendengar tempatan. Suka yang mana satu itu subjektif – sebuah pilihan kerana apa yang penting adalah kelangsungan untuk muzik kita terus bergerak laju dalam kepelbagaian irama tanpa perlu meminggirkan yang tidak ternama atau sekadar meraikan nama serupa sahaja.
Berbicara soal album tahun ini, pasaran album disambut baik pasaran muzik komersil mahupun indie. Sepuluh album serta EP terbaik sudah Muzik Kita senaraikan lebih awal dengan nama-nama besar seperti Yuna, Dolla, Yonnyboii antaranya. Yuna tahun ini sahaja cukup produktif dengan dua EP “Masih Yuna” dan “Battle”.
Equality in music itu yang mahu Muzik Kita raikan setiap tahun dalam senarai lengkap 50 Rilis Terbaik yang diperkenalkan sejak tahun 2018. Dan tahun ini sekali lagi dengan semarak muzik yang datang cukup berwarna dalam kepelbagaian idea juga produksi muzik dengan standard yang tinggi, Muzik Kita menyenarai pendek 50 lagu terbaik yang telah dihasilkan sepanjang tahun.

1. HASRAT (AMIR JAHARI)
(Amir Jahari / Luncai Emas)
Amir Jahari menghasilkan sebuah naskhah paling puitis dan tulus tahun ini. “Hasrat” menjadi bukti tanpa perlu idea yang kompleks ia mampu menyentuh pendengar untuk terbuai dengan penghasilannya. Susunan bahasa Amir menerusi bait liriknya disusun dalam sebuah penceritaan yang jelas, kemas dan relatable. “Hasrat” melengkapi segala aspek melodi, lirik dan emosi yang membaluti sebaiknya untuk menjadi sebuah naskhah Pop yang solid. “Berhentilah berharap // Ku ingin pulang.”

2. PUJAANKU (MASDO & AISYAH AZIZ)
(Ali Sariah / Heidimoru / Warner Music MY & ID)
Kejayaan “Pujaanku” sebagai salah sebuah lagu yang begitu diraikan tahun ini menjadi bukti muzik Masdo itu sudah berada di jalan yang begitu direstui pendengar nusantara. Kelebihan Ali Sariah sebagai komposer adalah kebijaksanaannya menciptakan hook pada lagu-lagunya. Hal ini sekali lagi terhasil jelas menerusi kolaborasi manis bersama Aisyah Aziz yang disifatkan sebagai a smart move. “Pujaanku” menjerat pendengaran dengan hanya sekali dengar sehingga kecanduan. Lagu ini tidak hanya catchy tetapi memiliki faktor malar segar yang cukup tinggi untuk terus diraikan generasi berganti.

3. CAMARADERIE (YUNA)
(Yunalis Mat Zara’ai / YRR)
Yuna dewasa sebagai pemuzik yang cukup evolve dalam setiap persembahannya. Ideanya tidak pernah culas untuk terus menghasilkan sesuatu yang current tanpa terikat idea-idea yang biasa. “Camaraderie” antara komposisi terbaik Yuna tahun ini. Sakti pada lagu ini tentu saja pada korusnya yang cukup mengikat dengan persembahan bersahajanya. Kuasa pena liriknya mengikat kita dalam kata-kata keterasingan yang tidak janggal dinikmati. “Jangan kau senyum // Tunjuk gigi” – “Kau buatku percaya // Dalam sebuah camaraderie.”

4. DENDANG! (RAMAYAN)
(Syafii Nasir / Omar Saifuddin / Naqiuyuddin Azeem / Izzat Latiff / Ruang Hati Kita)
Sound Ramayan yang baru ini benar-benar memberi keterujaan untuk kita menikmati muzik mereka dengan cara berbeza berbanding sebelumnya. Synth Pop dan Disko menjadi rujukan dalam eksperimentasi muzik mereka kali ini. Lengkap dengan efek bunyi yang melatari keseluruhan lagu seperti benar-benar ingin kita berseronok sahaja dengan penghasilannya. “DENDANG!” ibarat sebuah siren untuk pendengar setia mereka bersedia untuk sebuah fasa baru muzik Ramayan (Yang munkin kurang psikedeliknya?).

5. PENAGIH (FLQ)
(Faliq Mohd / Hullera / FLQ)
FLQ menerusi album debut “Untuk Kau” benar-benar melebarkan landskap Pop tempatan ke tahap yang sangat baik. Apa yang dipersembahkan adalah sebuah idea memanipulasi muzik Synth, Disko dalam kemasan muzik Pop yang kekinian. Hal ini paling jelas dihasilkan pada single penting FLQ tahun ini “Penagih”. Momentum muzik di lagu ini benar-benar dihasilkan untuk kita bebas menikmati sebuah persembahan muzik yang dihasilkan tanpa perlu terikat dengan idea same old Pop. Penghasilannya fun dan hasil keseluruhannya tastefully produced.

6. LOOK AT THIS (DOLLA)
(Laurell Barker / Josefin Glennmark / Johen Gustafsson / SYA / Universal Music MY)
Dolla is a Pop future yang sudah membuktikan potensi besar mereka. Pasukan pemasaran di belakang girl group ini sangat serius menghasilkan sesuatu yang bersifat global. Hal ini sudah dibuktikan dalam penghasilan album perdana mereka “New Classic”. Single “Look At This” yang beredar lebih awal menjadi sebuah kesinambungan yang baik karier bermuzik mereka dengan standard produksi Pop yang cukup tinggi seiring dengan apa yang yang ditawarkan girl group lainnya.

7. SENGKEK (YONNYBOII / ALYPH)
(Yonnyboiii / AYLPH / Def Jam Recordings MY)
Kreativiti Yonnyboii dan ALYPH nyata tidak berpenghujung. Bergerak sebagai pelapis Hip-Hop yang cukup dibanggakan, idea dua kepala ini menghasilkan “Sengkek” sebagai sebuah karya cukup personal tetapi cukup mudah didekati dan relatable dengan banyak anak muda pastinya. “Sengkek” bergerak sebagai sebuah pembuktian, ideologi dan kematangan bermuzik kedua-dua bintang Hip-Hop ini. Dalam persembahan yang bersahaja dan melengkapi, lagu ini mengikat dengan mudah sekali.

8. CUKUPLAH (AISHA RETNO)
(Aisha Retno / Firdaus Rahmat / John Jeeves)
Aisha seorang lagi Pop princess yang harus dibanggakan. Keupayaan vokalnya tidak perlu diragui dan kemampuannya menciptakan lagu yang cukup baru ilhamnya itu menjadi kelebihan untuk dia benar-benar bersinar. Setelah “W.H.U.T” dan “Sutera” Aisha menajamkan pena kreatifnya dalam penghasilan “Cukuplah” bersama John Jeeves dan Firdaus Rahmat. Lagu ini bergerak sebagai pentafsiran terbaik muzik Aisha Retno tanpa perlu dibayangi mana-mana bakat sedia ada. Melodinya simple dengan lirik yang berteras manusiawi sampai terus ke hati dan disempurnakan sebaik-baiknynya vokal Aisha.

9. I LOST ME (AINA ABDUL)
(Aina Abdul / Mekar Jaya Enterprise)
Kreativiti Aina Abdul sebagai penyanyi dan komposer berlegar bebas dalam ruangnya tanpa batas. Tahun ini saja dia sudah membuktikannya dengan penghasilan single berjudul “I Lost Me”. Penghasilannya sederhana namun jiwa Aina sebagai penyanyi itu benar-benar menghasilkan sound yang cukup mewah dan soulful. Feel R&B yang cukup kuat di lagu ini memberi justifikasi terbaik menikmati vokal Aina Abdul. Komposisi melodi serta kemasan muzik di lagu ini menjadikan ia antara yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang dia bermuzik.

10. MAGIS (SITI NURHALIZA)
(Mas Dewangga / Jova Devito / Aden King)
“Magis” bergerak sebagai sebuah naskhah yang pentafsiran muziknya seiring usia bermuzik Siti. Pertembungan ilham EDM Mas Dewangga yang disatukan feel Melayu Siti menghasilkan satu sound yang tepat untuk Siti terus bernadi dengan lagu-lagu baru tanpa terikat ilham Balada. Korus lagu ini menjadi sakti utama untuk mengikat pendengar mengikut nadanya. Berisi lirik yang ditulis dalam santun bahasa yang cukup tersusun, “Magis” sempurna dalam balutan vokal Siti Nurhaliza yang cukup rapi.
11. Battle (Yuna)
12. Jarak (Aziz Harun & Aisha Retno)
13. Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin)
14. Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah)
15. Dilamun (Yonnyboii)
16. Tetap Tak Kurasa (Andi Bernadee)
17. Mengapa Harus Begini (Aziz Harun)
18. I’ll Be Alright, Right? (Lunadira)
19. Hingga Hujung Hayati (TUJU & Zainal Abidin)
20. Puspita (NAKI)
21. Maybe (RADi)
22. Toast (Claudia)
23. Langit Yang Sama (Dalia Farhana)
24. Gelita (Ernie Zakri)
25. Midnight Rendezvous (TALITHA.)
26. Blue (Aina Abdul)
27. Cigarettes & Cry (Yuji / Adriel)
28. Overthinking (Lunadira)
29. Di Sebalik Rahsia (Haqiem Rusli)
30. Sengaja (Amir Masdi)
31. Pamit (NAKI)
32. Kita Pernah Bahagia (Syiqin Azln)
33. Terus Bersinar (Hafiz)
34. Run (TY:DEL)
35. Masih Sunyi (Yuna)
36. Cinta Sampai Mati (Atilia Haron)
37. Masa (DOLLA)
38. Blah (Jemson & ForceParkBois)
39. Aura (Ernie Zakri)
40. Alunan Lara (NJWA)
41. Ada Bulan (Prasasti)
42. Lutsinar (SXPH / Last Khalif / B-HEAT)
43. Akhir Cerita (Aziz Harun & Dalia Farhana)
44. Loop (Kuizz)
45. Berseri (Megat Fazly)
46. Not Sorry (MFMF. / Putri Dahlia)
47. Sunyi (Joe Flizzow)
48. Buaian (The Frankie Sixes)
49. Kekal (Sayfiq Abdillah)
50. Sedih Hati (Malique)
ARTIKEL BERKAITAN