
Pandemik global memulangkan kembali nama ALYPH dan Aisyah Aziz untuk kembali berkarya di Singapura. Pasaran Pop yang cemerlang dalam naskhah yang tidak lagi terbatas ilham lama membenarkan bakat-bakat muda ini menuai kreativiti tak terbatas.
Pasaran kecil muzik Singapura tidak menundakan bakat-bakatnya untuk berkarya dalam skala yang cukup besar. Def Jam Recordings SEA mengilhamkan banyak rilis daripada bakat-bakat muda Hip-Hop Singapura seperti Fariz Jabba dan Yung Raja antaranya.
Dan tentu saja mendahului pasaran Hip-Hop adalah ALYPH yang mengisi pasaran muzik tahun ini dengan single solonya “Adakah Kau Mendengar” setelah kali terakhir tampil solo dengan “Buat Selamanya”.
Aisyah Aziz pulang ke kota Singapura dengan EP Inggeris perdananya berjudul “Sugar” – sebuah album rakaman langsung yang menyerlahkan sisi sebenar Aisyah dalam bermuzik.
Katalog Pop Singpura tahun ini utuh dengan nama-nama seperti Charlie Lim, Sezairi, Gareth Fernandez dan Benjamin Kheng yang bergerak solo setelah The Sam Willows memutuskan untuk berehat secara berkumpulan.
Satu hal yang pasti nama-nama ini sudah cukup membanggakan pasaran muzik Singapura sebagai sebuah hub Pop semasa yang akan dilihat perkembangannya dengan cukup baik pada masa mendatang.
Berikut 30 Rilis Terbaik Sepanjang 2019 Yang Kami Kumpulkan Buat Pembaca

1. ADAKAH KAU MENDENGAR / ALYPH
(ALYPH)
Adakah Kau Mendengar sebuah naskhah personal yang terhasil daripada satu pengalaman dan perjalanan panjang seseorang pemuzik. ALYPH menerusi lagu ini menyalakan siren untuk kita bersiap sedia untuk sebuah lagi perjalanan panjang yang pasti akan terus diisi dengan lebih lagi kejutan manis.

2. DARI SINI / FARIZ JABBA
(Fariz Jabba / Magic Potions)
Bersama ALYPH, Fariz Jabba Menghasilkan “Dari Sini” yang menjadi single terbaik sepanjang dia bermuzik. Fariz Jabba ada sisi Pop di lagu-lagunya yang tidak sukar untuk kita menyenangi lagu-lagunya dan “Dari Sini” meneruskan hal-hal tersebut. Lagu ini terisi dengan sebuah melodi yang cukup current dengan feel dan groove yang baik penghasilannya.

3. SUGAR / AISYAH AZIZ
(Aisyah Aziz / Harun Amirul)
Sisi muzik sebenar Aisyah akhirnya kita dapat di EP Sugar yang menjadi pertaruhannya tahun ini. Aisyah Aziz saya kira di saat ini tidak lagi peduli to please the market. Kepuasan menghasilkan sesuatu yang dia inginkan itu lebih besar daripada apa yang pernah dia hasilkan sebelum ini di Malaysia. Sugar bukti keberanian Aisyah melawan arus muzik perdana dengan caranya yang cukup tersendiri.

4. RAINDROPS / SEZAIRI
(Linying / Sezairi)
Sezari kembali penuh soulful menerusi “Raindrops” setelah terakhir melakukan hal serupa dalam melodi “It’s You”. Raindrops merupakan single dwi-bahasa yang terahsil dalam feel r&b Soul yang sememangnya forte Sezairi sejak bermuzik. Romantisme Sezairi di lagu ini ternyata menjadi sebuah lagi anthem patah hati yang cukup current pengahsilannya.

5. PUT YOU THROUGH / GARETH FERNANDEZ & THEODORA
(Gareth Fernandez / Shaykh Akbar / Theodora Lau)
Gareth Fernandez cukup sinonim dengan peson R&B yang sudah dibawakan dalam lagu-lagu sebelumnya. Kualiti dalam melodi penghasilan ilham brand new Ballad di lagu Put You Through ini tidak salah saya sifatkan setara dengan apa yang ada di kebanyakan pasaran global menyamai “If The World Was Ending” atau mana-mana lagu Sam Smith pastinya.

6. MASA / IYAAD
(Iyaad Salleh / Judah Lyne / Muhammad Haramian)
Iyaad mungkin bukan nama besar di legasi Pop Singapura mahupun nusantara namun ada keunikan tersendiri yang ada padanya membuatkan Iyaad sentiasa hadir dengan naskhah Pop yang tidak jauh meninggalkan pasaran semasa. “Masa” menjadi bukti bakatnya semakin matang dan saya percaya diberikan sedikit waktu Iyaad tidak mustahil akan sebesar Sezairi.

7. ROBOTS / LEW LOH
(Lewis Loh)
Lew Loh banyak mengingatkan saya pada Pete Teo dalam rangkaian lagu Folk Pop yang dihasilkan sejak dia bermuzik sekitar 2016/17. “Robots” meneruskan ilham muziknya yang dizahirkan di album “Lullacry” pada tahun 2017 dengan padanan muzik yang lebih ketara indah penulisannya.

8. FIND ME / BENJAMIN KHENG
(Benjamin Kheng)
Usai fasa The Sam Willows, Ben meneruskan keinginan bermuziknya secara solo menerusi single “Find Me” yang mengangkat Pop semasa dalam kemasan muzik dan melodi yang begitu mudah melekat di pendengaran. Lagu ini tentu saja menjadi pertaruhan awal yang menjadi jalan panjang karier solonya.

9. THE DANCE SONG / YOUNG RAJA
(Flightsch / Yung Raja)
Anak muda yang paling berpengaruh dari kota Singa ini sudah berada di limelight muzik nusantara sejak dia merilis single “Mustafa” pada tahun 2018. “The Dance Song” menjadi rilis terpenting Yung Raja sepanjang tahun ini dengan jumlah strim Spotify melebihi 700,000 pendengar dan tontonan YouTube melebihi 1 Juta.

10. CINTA YANG TERTULIS / SYARIF
(Syarif / Trisno Ishak)
Syarif mengembalikan kan the 90’s R&B groove di single terbarunya “Cinta Yang Tertulis” ini. Melodi lagu ini cukup menyatu baik dengan vokal Syarif yang cukup soulful. Lagu begini sebetulnya tidak sukar untuk buat kita suka dengan pesona vokal Syarif khususnya.
11. Two Sides / Charlie Lim & Gentle Bones
12. Red Flags / Lew Loh
13. Cahsing Destruction / Aisyah Aziz
14. She Moves / Sezairi
15. Feel Too Much / Jawn
16. Do Me Right / BRB.
17. Dear Me, / Gentle Bones
18. Fruit Cake / Subsonic Eye
19. Rumble Under My Toes / Hubbabubbas
20. Better With You / Gentle Bones & Benjamin Kheng
21. Nak Tak Nak / Fariz Jabba
22. Sleepy Head / Akid Amir
23. Be Cool / Gareth Fernandez
24. Loving Room / Aisyah Aziz
25. Love Is / Evanturetime, Yao & He1st
26. Hummingbird / Charlie Lim
27. Wish I Could / Gareth Fernandez
28. Makeumove / Syakir Rusydi
29. WYTK / Sarah x. Miracle
30. That Thing / Joie Tan & Lincey
ARTIKEL BERKAITAN
#502019 Semarak Pop Semasa Bakat Kota Singapura Dalam 20 Rilis Terbaik Sepanjang 2019