Lagu: 12 Tahun Terindah
Artis: Bunga Citra Lestari
Komposer & Lirik: Ifa Fachir / BCL
Produser: Ifa Fachir / BCL
Pemergian Ashraf Sinclair awal tahun ini memberi kesan begitu mendalam buat Bunga Citra Lestari dalam melalui fasa baru hidupnya secara total. Kelahiran single “12 Tahun Terindah” sebagai sebuah dedikasi cintanya terlahir dalam sayu yang hanya dia sahaja dapat rasakan.
Menelusuri katalog muziknya, BCL antara penyanyi wanita Pop seberang yang konsisten dalam penghasilan lagu-lagu yang terhadir dalam konteks muzik segar tanpa perlu bergantung melodi terlalu galau.
Hitsnya seperti Wanita Terbahagia, Cinta Sejati, Aku & Dirimu, Cinta Pertama antara yang begitu sinonim dengan bakat Pop ini. Dan sepanjang karier muzinya BCL sudah hadir dengan tiga album penuh dan beberapa kompilasi.
“12 Tahun Terindah” hadir dalam kemasan melodi ciptaan Ifa Fachir bersama Bunga sendiri terhasil lembut dalam sayunya jiwa wanita yang sepi. Saya sukakan penulisan lirik lagu ini yang tidak terikat ilham merintih tetapi disalurkan dalam rasa terima kasih dan kuatnya Bunga sebagai seorang wanita.
Single pastinya akan menjadi lagu paling bermakna buka sahaja buat Bunga namun peminatnya dan tidak salah jika kita letakkan “12 Tahun Terindah” sebagai seriosa paling dalam maknanya tahun ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Gabungan Pop KL – Jakarta Menerusi Single “Ku Mau” Persembahan Aizat dan Hanin Dhiya