
Menjejak kreativiti pemuzik muda Indonesia, menemukan saya dengan sosok muda dewi bergelar Keshia Aita (KLAV) dan Rizkia Larasti dalam sebuah EP lima lagu yang sebetulnya sudah beredar Februari tahun lalu dalam satu nuansa pasca Indo Pop yang cukup moden, soulful dan berevolusi.
Debut EP ini menampilkan kesemua lagu karya cipta Keshia dibantu Rizkia Larasti dan Pradipta Ratrikala yang dibuka penuh groove menerusi lagu “Ambition, Creation”. Beat moden melatari lagu ini dengan cukup baik sekali dilatari tiupan saxophone di hujung lagu tampil ilham sensual dalam penghasilannya.
“Lover” menjadi single perdana album ini meneruskan groove yang ada. Lagu begini mengingatkan saya pada lagu-lagu seperti Deeper & Deeper dan Little by Little dalam soundtrack “Long Vacation – CAGNET” tetapi dengan pertaruhan muzik yang lebih current.
Sensualiti dalam muzik KLAV terang sekali dalam penggunaan saxophone yang berjaya menerbitkan originality dalam setiap lagu
“You Make Me Feel Like” membuat saya semakin suka dengan duo ini. Kolaborasi mereka dalam menghasilkan sesuatu yang cukup moden, content dan tak kalah kualiti cukup membanggakan sekali.
Lima lagu dalam album ini seiring dengan beberapa lagi bakat lain seperti Rayssa Dynta contohnya yang cukup kental dalam permainan muzik bercorak urban sebegini.
Album ini ditutup dengan lagu “Been Awhile” dalam feel R&B + Soul + Jazz yang disatukan kemas dan tersusun indah tanpa terlalu mencuba dengan eksperimentasi muzik yang keterlaluan.
Jika anda mahukan sesuatu yang segar, perfect for weekend atau tentu saja untuk memulakan hari yang lebih baik, kolaborasi KLAV dan Rizkia Larasti menerusi EP Basic ini adalah jawapannya.