
Album: Semenjak Internet (2020)
Artis: Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing
Label: Dua Puluh Tiga
Petra Sihombing merencana kraf muziknya sejak memperkenalkan debut “Mine” pada tahun 2014 dengan ilham Pop yang pada ketika itu tidaklah begitu menarik minat saya mendengar idea muziknya.
Namun itu hanya fasa mula dia bergerak sebagai seorang pemuzik yang matang dan kematangannya terlihat jelah ketika Petra merilis album keduanya pada tahun 2018 dengan judul “1/4” yang saya letakkan antara album penting Indonesia di tahun tersebut.
Menerusi “1/4” Bakat ini mengeksplorasi jaluran muzik Synth Pop juga City Pop yang diadun dalam acuan muzik yang bergerak lebih personal. Lantas melahirkan lagu-lagu hebat seperti “Nirmala” antaranya.
Tahun ini Petra kembali aktif bermuzik setelah tahun lalu menzahirkan album runut bunyi “Teman Baca Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini” selain kolaborasi bersama Hindia memerusi lagu “Hidrasi”
“Semenjak Internet” menjadi pertaruhan terkini Petra Sihombing dalam 12 trak keseluruhan yang diterbitkan bersama kolaborasi rakan pemuzik lain yang cukup dikenali seperti Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia, Teddy Adhitya, Tulus, Pamungkas, Danilla, Sheryl Sheinafia, Ben Sihombing dan David Bayu.
Melihat senarai nama-nama ini sahaja sudah membuatkan saya teruja mendengarkan keseluruhan album ini. Dibuka dengan lagu “Canggih” (Petra Sihombing / Sal Priadi) cukup kuat pengaruh Synth Pop dalam groove yang penuh memikat. Lagu in ihadir dengan hook yang cukup mudah untuk kita enjoy.
“Apa?” (Petra Sihombing / Teddy Adhitya) meneruskan groove yang ada pada “Canggih” tetapi dengan feel lebih sensual dalam layangan muzik lo-fi dan lirik yang cukup humanis “Mau apa lagi hari ini. Memuaskan keinginan hati, Memang sulit berhenti.”
Dan semua cerita-cerita manusia dalam penulisan liriknya itu diteruskan dalam beberapa lagu lainnya seperti “Manusia Kasur” (Pamungkas / Petra Sihombing), “Cerita Kita Milik Semua” dan “Astrologi” (Sheryl Sheneifa / Petra Sihombing) yang rata-ratanya mengangkat isu kendiri.
Saya lebih tertarik dengan idea muzik “Selimut” karya kolaborasi Petra bersama Baskara (Hindia) dalam feel psychedelic Pop yang disambug cukp baik continuity nya menerusi lagu “Adu/h” yang terhadir sebagai satu konsep yang solid menyatu antara satu trak ke trak yang lain dengan kesinambungan yang terkait.
Dan pengalaman beginilah yang saya cari setiap kali mendengar sebuah album. Muziknya harus menyatu dari satu lagu ke lagu lainnya. Dan hal-hal ini ada di album “Semenjak Internet”. “Adu/h” diperlahankan momentum muziknya dengan cukup deep sebelum diraikan melodi yang meneynangkan di lagu “Bodoh” (Ben Sihombing).
Lagu ini terhasil dalam ilham Folk namun masih mengambil teras Synth Pop yang melatari keseluruhan konsep album ini. “Kawan” meneruskan ilham Folk tersebut dalam melodi ciptaan Tulus dalam lirik yang cukup Tulus sekali sifatnya namun tidak kedengaran canggung dalam persembahan tersendiri Petra Sihombing.
“Martabat Manis” (Kunto Aji) mengembalikan groove di lagu “Canggih” di awal tadi dengan lebih soulful. Feel Jazz di lagu ini dinaikkan seri bunyinya dengan penggunaan instrumen. Album ini ditutup dengan “Cinta Digital” dengan ilham Ballad yang cukup lembut.
Album ini hadir sebagai sebuah conceptual album yang cukup menarik, setiap lagu dialbum ini hadir dalam pengisian muzik juga journey lirikal yang cukup halus penghasilannya. Petra Sihombing menghasilkan sebuah album dengan visi muzik yang jelas.
Sebagaimana saya puas mendengar album-album Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia dan Tulus – sebegitu juga saya meletakkan album ini dengan standard juga citarasa yang cukup mewah pengalaman muziknya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN