
Lagu: I’m So Pretty
Artis: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif
Produser: SOIN
Berbicara soal self-love kali ini, Adrian Khalif persona R&B seberang mencuri perhatian sekali lagi dengan nuansa cukup catchy nya menerusi sebuah single berjudul “I’m So Pretty” yang beredar minggu lalu.
Adrian Khalif yang sebelum ini mencuri perhatian dengan duet bersama Cantika Abigail menerusi “Take Care” memulakan karier bermuziknya ketika berkolaborasi bersama Dipha Barus menersui lagu “Made In Jakarta” yang lebih awal membuka mata peminat muzik Indonesia dengan bakat ini.
Pasaran muziknya yang terarah pada acuan Urban Pop dalam gabungan muzik R&B, Hip-Hop dan lofi membenarkan Adrian Khalif diterima baik meskipun tidak sebesar nama pesaingnya yang lain namun apa yang pelbih penting, ketersendiriannya berdiri sebagai artis R&B seberang cukup dikenali.
Menerusi single “I’m So Pretty” Adrian menulis sendir lagu ini dengan bantuan produser muzik SOIN menzahirkan elemen KRNB yang cukup banyak di pasaran muzik Korean Selatan dengan infusi Indo Pop yangsempurna membaluti feel keseluruhan lagunya.
“I’m So Pretty” antara lagu yang cukup segar memulakan kalendar Pop 2022 Indonesia tahun ini. Melodinya catchy dengan lirik mudah menangkap membenarkan sesiapa sahaj boleh enjoy dengan mudah penghasilan lagu ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Sensasi Pop Marion Jola Diteruskan Dengan Single “Overthinking”