
Banyak rilis yang cukup bagus sepanjang dua bulan ini. Imran Ajmain menerusi Intan dan Perak antara edaran awal Mac diikuti beberapa rilis lain seperti rapper Pele L menerusi Hip-Hop penuh emosi “She” bersama Tuju K-Clique.
Bunkface yang juga mengedarkan album penuh berjudul “Pop” lebih awal dalam bentuk fizikal akhirnya merilis album tersebut dalam bentuk digital 22 Mac lalu dan sebuah lagi album penting beredar pada 12 April lalu adalah kolaborasi Alif dan SonaOne menerusi “DETAIL”. Dua album ini saya kira sudah meletakkan satu standard muzik tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.
Bakat muda seperti Aziz Harun (Jauh), Sarah Suhairi (Rise & Fall) dan Firdaus Rahmat (Aku Rayu) antara yang cukup menyerlah dari segi kualiti muzik serta bakat. Kolaborasi Ismail Izzani bersama Zizan dalam lagu “Berserah” juga antara yang menarik. Sekali lagi karya Alif cukup ke depan meninggalkan karya-karya lain.

naim daniel semakin meyakinkan dengan single “sumpah”
Naim Daniel satu lagi nama yang datang dengan vokal yang cukup baik. Beberapa single sebelum ini seperti “Sempurna” dan “Sekali Lagi” tidak begitu menarik perhatian. Namun emosinya menerusi “Sumpah” begitu menjadi sekali. This boy is one to watch!
Dan mendahului lagu terbaik dalam legasi BBNU tentu saja Andi Bernadee yang berjaya sekali lagi tampil cukup meyakinkan menerusi “Donde” kolaborasi keduanya bersama Alif selepas kejayaan “Satu Peluang”.
Aizat menerusi “Angin Lalu” tampil penuh emosi dan terlalu indah komposisi muziknya. Saya khayal dalam melodi yang cukup menyentuh ini.
DOMINASI BALADA
Alyah, Shila Amzah, Aina Abdul, Amylea antara yang kekal dominan melodi Balada yang cukup disenangi pasaran semasa menerusi rangkaian lagu meruntun jiwa. Aina Abdul saya kira cukup berani keluar daripada zon selesanya di pasaran lebih urban sebelum ini dengan tampil dalam ilham balada menerusi single “Sumpah”.
NJWA akhirnya merilis long-awaited single “Take Love Back” yang sering dibawa dalam gig sebelum ini. Susunan muzik kelas satu dengan kualiti produksi yang usah dipertikaikan. Begitu juga Yuna menerusi “Forevermore” yang semakin berani mengeluarkan esen muzi lokal ke peringkat lebih global.
Bercerita tentang global, Zamaera saya kira sudah membanggakan kita semua dengan penghasilan EP berjudul “Z” yang cukup hebat penghasilannya. Berikut 10 Rilis Terbaik Pilhan MK sepanjang bulan Mac – Apr 2019.

- Take Love Back – NJWA (NJWA / Darren Ashley)
- Forevermore – Yuna (A.S Goviere / R. Braun / Yunalis Zarai)
- Donde – Andi Bernade (Alif)
- Look Around Alif & SonaOne (Alif / SonaOne)
- Almost – Zamaera (Zamaera)
- Angin Lalu – Aizat Amdan (Aizat / Mel Ramlan / Anas Amdan)
- Sumpah – Naim Daniel (Naim Daniel / Omar K)
- Naraka – Pitahati (Pitahati)
- Intan & Perak – Imran Ajmain (Az Avex Azman / Imran Ajmain / Rauzan Rahman)
- Hari Ini – Hael Husaini (Ezra Kong / Hael Husaini)