
Setelah setahun tampil tanpa vokalis, Nidji mengumumkan nama “Yusuf Ubay” sebagai vokalis terbaru mereka lewat sebuah pencarian di akaun media sosial dengan penggunaan hashtag #mimpiadalahkunci2019 sejak Disember tahun lalu.
Pengumuman rasmi yang dibuat 2 Februari lalu dilakukan menerusi akaun Instagram Nidji sekali gus secara rasmi mengganti Giring yang sudah berkarya lebih 17 tahun bersama Nidji sebagai sebuah band Pop Rock yang cukup dikenali senusantara.
Muhammad Yusuf Nur Ubay atau senang digelar Ubay merupakan peserta Indonesian Idol kelapan pernah menghasil sebuah album penuh dalam jaluran muzik Elekctro-Pop berjudul “U Turn” pada tahun 2016 dan kali terakhir tampil single solo pada tahun 2017 menerusi single “Feel Good”.
Giring menerusi akaun Instargammnya mengucap selamat buat Ubay yang dipilih dalam ratusan yang mencuba untuk menjadi vokalis terbaru Nidji dalam meneruskan kelangsungan perjuangan muzik Nidji.
“Regenarasi … melanjutkan yang baik dengan doa dan niat yang baik. Goodluck @yusufubay29 … selamat senang senang berkarya dan merayakan hidup bersama @nidjiofficial,”
Pada September 2017, Giring mengumumkan dirinya terjun ke dunia politik dengan bergabung ke dalam Parti Solidaritas Indonesia. Nidji yang sebelumnya beranggotakan Giring, Ariel, Andro, Adri, Run-D dan Rama menambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia hiburan sekitar awal 2018.
Hal ini membuatkan ramai penggemar mereka mencipta #SelamatTidurNidji dalam proses sei mereka daripada sebarang lagu baru dan tour. Ubay diraikan dalam satu konsert istimewa Nidji beberapa hari lalu sebagai vokalis terbaru kugiran ini.