
Belum pun sempat jemu dengan “Forevermore” yang beredar beberapa minggu lalu, Yuna tanpa mahu membuang masa merilis single kedua daripada album terbarunya berjudul “Blank Marquee”. Dan teka-teki siapakah yang berkolaborasi bersama Yuna menerusi lagu ini terjawab dengan kemunculan G-Eazy menerusi single ini.
G-Eazy yang sebelum ini pernah menghasilkan remix “Lights & Camera” pada tahun 2014 – lagu yang dimuatkan dalam album “Nocturnal” yang turut menampilkan hits “Rescue” dan “Falling”.
Dan menerusi akaun Instagram, Yuna turut berkongsi tarikh album solo antarabangsa keempatnya ini bakal diedarkan secara digital pada tarikh 12 Julai 2019 dengan penampilan khas beberapa kolaborasi menarik.
Antara nama-nama yang kini siap berkolaborasi bersama Yuna menerusi album keempatnya ini selain G-Eazy adalah Jay Park, Tyler – The Creator, KYLE, Masego, Little Simz dan MIYAVI.

gambar oleh steven taylor di www.steventaylor.com
“Blank Marquee” yang turut diedarkan muzik videonya hari ini menampilkan sekali lagi kolaborasi Yuna bersama Adam Sinclair sebagai pengarah MV dengan penampilan istimewa G-Eazy dan Amirul Effendi yang menjadi karakter utama muzik video dalam feel vintage berlatarbelakangkan Kuala Lumpur ini.
Berikut senarai lengkap 11 lagu menerusi album “Rouge” yang bakal diedarkan Julai nanti.
1. Castaway (Ft. Tyler, The Creator)
2. Blank Marquee (With G-Eazy)
3. (Not) The Love of My Life
4. Teenage Heartbreak (With MIYAVI)
5. Pink Youth (With Little Simz)
6. Forget About You
7. Likes (With Kyle)
8. Amy (With Masego)
9. Does She (With Jay Park)
10. Forevermore
11. Tiada Akhir