
Lagu: Terdiam
Artis: Vintonic / Teza Sumendra
Komposer / Lirik: Heston Prasetyo / Nicho Benito / Ravin Kalindra / Teza Sumendra
Produser: Vintonic
Vintonic menjadi kugiran yang sukup konsisten dalam memasarkan muzik yang datang dengan ilham Synth Pop, R&B dan Soul yang diramu dengan cara mereka yang tersendiri. Sudah membuktikan kebolehan bermuzik mereka dengan cemerlang, Vintonic sentiasa hadir dengan ilman muzik yang baru untuk dikongsi dengan peminat muzik mereka.
Setelah meyakinkan kita dengan sebuah EP dan beberapa lagi single yang beredar sejak bermuzik di fasa pandemik, Vontonic melebarkan ilham bermuzik mereka dengan sebuah kolaborasi mantap bersama soloist R&B Indonesia, Teza Sumendra menerusi single “Terdiam”
Masih utuh pada jaluran muzik atas pengaruh Synth Pop, trio bermuzik ini menampilkan sisi lebih soulful bersama Teza di lagu ini. Pembukaannya saja sudah bersifat sensual dengan tempo sederhana juga vokal yang sensual, membuai pendengar semudahnya atas bait “Senyumanmu, Pesonamu // Membuat waktu terhenti berlalu // Tatapanmu dan hangatmu // Membuat ku jadi // Tergila-gila”.
Teza masuk dengan menambah rasa yang lebih berjiwa dalam persembahan maskulinnya. Suara Teza cukup mahal dalam memberi falvor yang memercikkan sesuatu yang lebih mewah di lagu ini. Flawless dalam persembahan yang bersahaja melantun bait-bait lirik yang tertulis.
“Terdia” berjaya membawakan Vintonic ke tahap yang lebih dalam karya-karya mereka. Lagu ini sepantas mungkin tanpa memaksa mampu menjadi my repeat mode setidaknya untuk dua tiga minggu mendatang sebelum datang rilis baru yang menarik pendengaran (jika ada).
8.8/10
ARTIKEL BERKAITAN