
Saat pertama saya mendengar Sewindu circa 2011 di YouTube dengan muzik video cukup minimalis (fast cut, still,wide) saya sudah terpikat dengan soul, taste serta feel yang dalam persembahan keseluruhan muziknya (Audio dan Visual). Sewindu menjadi anthem saya tahun tersebut – lagu paling banyak saya ulang dengar.
Selepas itu, kembara ke Jakarta atas urusan kerja membawa saya ke toko muzik di sana untuk membeli debut Tulus (2011) yang membuat saya jatuh cinta dengan groove yang dimiliki bakat ini menerusi lagu-lagu seperti Teman Pesta, Diorama, Tuan Nona Kesepian, Kisah Sebentar sehingga love anthem Teman Hidup.
Since then, i’m a fans! Tulus membawa idea muzik sederhana dalam penulisan lirik begitu meaningful dan boleh di-relate oleh kebanyakan orang.
Dari fasa cinta “Kamu cantik meski tanpa bedak…” Satu Hari di Bulan Juni, Kisah galau “Kau sibuk dengan yang lain…” dalam lagu Bumerang di album Gajah sehingga “Manusia -manusia kuat itu kita…” dalam “Lembaran foto hitam putih…” Monokrom Tulus bercerita dengan cukup sederhana tapi bermakna.

Peluang menonton Tulus di Java Jazz 2014 momen pertama saya di Konsert full scale Tulus dan semalam (18 September) selepas 4 tahun, peluang kedua menonton Tulus di Istana Budaya sesuatu yang cukup indah sekali perasaannya. Tulus semakin matang di pentas berbanding 4 tahun dulu komunikasinya masih kurang tetapi semalam Tulus berada di fasa paling selesa dan bersahaja.
Di bawah kendalian pengarah muzik Ari Renaldi yang juga orang penting di sebalik kerjaya Tulus sejak mula dia melibatkan diri dalam bidang muzik, Tulus Live at Istana Budaya berlangsung cukup sempurna dalam kesederhanaan seorang figura seni bernama Tulus. Bermula baik dengan trak Baru dan Kisah Sebentar dan persembahan ditutup dengan Sewindu yang mengundang gila penonton di dewan. Malam istimewa ini Tulus turut mempersembahkan single terbarunya Labirin.
Saya paling terpesona dengan alunan Tulus dalam Pamit yang begitu membuai sekali dan di saat Lagu Untuk Matahari dipersembahkan, penonton turut bangkit bersama menyanyi dan menari.
Penonton malam tadi saya kira berada di ruang paling senang dan bebas. Dari awal persembahan sehingga ke hujung semua menyanyi bersama tanpa henti bak kata Tulus “Lebih kencang lagi ya!.”
Among the crowd malam semalam, terlihat kelibat Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Adibah Noor, Pot Innuendo, Aubrey Suwito, Jenny Chin dan beberapa lagi pemuzik tempatan. Pengalaman untuk menikmati Tulus pertama kali di Malaysia saya kira momen yang cukup indah sekali, ya indah perkataan paling tepat menggambarkan persembahan malam tadi yang akan diingati semua Teman Tulus di Malaysia.
Takkan lagi ku sebodoh ini, larut di dalam angan. Angan tanpa tujuan…



Foto: Rendha Rais (Tulus Music Company)
ARTIKEL BERKAITAN
“Diastika – Live In Bandung” Persembahan Nota-Nota Jazz Yang Menyenangkan