
Untuk bertahan selama dua dekad dalam bidang muzik bukan langkah mudah. Kekuatan dan keyakinan untuk berada di legasi muzik dan kekal meniti bibir penggemar di samping mencuri perhatian penggemar baru sesuatu yang harus difikirkan.
“Tomok” meniti kembara sebagai seorang penyanyi berawal dengan kugiran Pop “New Boyz” hadir dalam satu fenomena yang mengubah landskap muzik lokal dengan cukup popular di era 90-an.
Setelah menghasilkan cukup banyak album dengan hits malar segar bersama New Boyz, Tomok meniti kedewasaan dalam bermuzik secara solo seperti resam kebanyakan vokalis legenda lainnya yang mengambil haluan sendiri bila tiba masanya.
Dalam kedewasaan itu kita melihat Tomok semakin menyerlah di ruang solonya dengan kejayaan di pentas One In a Million menghasilkan satu skop muzik berbeza menerusi album solo perdananya yang beredar sekirar 2010.
Dengan hits seperti “Rindu Terhenti”, “Bagaikan Bidadari” dan “Berlari” melengkapkan lagi satu sejarah dalam bermuzik. Debut yang mendapat sentuhan produser senior seperti Aubrey Suwito antaranya.
Dan hari ini setelah dua dekad melayari susah senang sebagai seorang pemuzik, rakaman memori serta kenangan bermuzik ini disatukan dalam sebuah dokumentari khas berjudul “TOMOKTWNTY”.
Sudah bersiar sejak 27 Disember lalu, cerita dan kisah Tomok boleh ditonton dengan interbiu khusus bersama Zul 2by2, Aubrey Suwito dan Zimi antaranya. Dokumentari 4 episod dengan durasi selama 15 mini ini diterbitkan oleh Monkey Bone.
ARTIKEL BERKAITAN