
Lagu: takleh usik
Persembahan: Kaka Azraff
Komposer Lirik: SonaOne / K10 / Kaka Azraff / Harvinth Skin
Penerbit: SonaOne
Lama menanti sebetulnya lagu-lagu terbaru Kaka setelah terakhir “Hilang” Kaka sempat merilis kurang lebih dua single “karya” dan “dilema” namun ia bukanlah seperti apa yang Kaka saya harapkan. Namun ia satu peralihan dan dalam setiap peralihan itu akan ada percubaan. Unfortunately kedua-dua single tersebut gagal menyatu memebtuk Kaka yang saya suka.
Melwati pasaran muziknya, berawal single kolaborasi bersama Zizan menerusi “Bawaku Pergi” dan momen pecah telurnya menerusi “Bukan Hal Aku” memperlihatkan satu konsep sempurna untuk seorang Kaka Azraff bernadi dalam muziknya.
Setelah itu chemistry yang menyatu sempurna bersama ALYPH the magic portion membentuk beberapa lagu Pop segar dengan infusi R&B dan Hip-Hop. “Sibuk”, “Kembali”, “Diamonds” sehingga material juara “GILA” menjadikan Kaka antara penyanyi wanita yang paling berjaya bagi saya untuk kekal pada jaluran muzik yang hanya dia tekun mendepaninya.
Biar ada percubaan membawakan Balada namun ya ia sekadar okey (selain “Hilang” yang hebat penciptaannya). Kaka tidak terburu dalam rencana muziknya dan kerana faktor itu juga fokus dan konsistensi adalah hal yang kita dapat daripadanya.
“Takleh Usik” meneruskan konsistensi bermuzik Kaka. Masih kental jiwa seorang Kaka, lagu ini kolaborasi pertama Kaka dalam komposisi muzik SonaOne bersama K10 dan Harvinth Skin. Ia mengikat (hooked) saya dengan sekali pendengaran, malah ia berulang seharian tanpa jemu.
Karakter vokal Kaka semakin matang dan jiwanya semakin dirasai. Kakak cukup bersahaja dalam penyampaian tetapi masih beralas emosi yang tepat. Lagu ini bergerak sebagai satu penyatuan sempurna komposisi muzik, lirik dan attitude bermuzik Kaka. Pop di lagu ini menyatu baik dalam ilham EDM, Hip-Hop.
“Takleh Usik” adalah Kaka yang sering saya harapkan penghasilannya. Simple tapi cemerlang. Semakin berusia matang karier muziknya, semakin dia bijak dalam percaturan. Kaka sebetulnya siap untuk sebuah album penuh dan showcase solonya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN