
Lagu: Sign
Artis: Cantika Abigail & Rayi
Komposer / Lirik: Cantika Abigail / Kenny Gabriel / Rayi
Bergerak solo sebagai gagasan penyanyi R&B tempatan sebetulnya membuatkan Cantika Abigail semakin matang menyusun kembara muziknya yang sudah berpengalaman cukup lama bersama grup R&B GAC.
Berawal dengan single “Start Over” Cantika tidak begitu mencuri perhatian saya, entah – mungkin kerana ideanya itu sekadar meneruskan apa yang ada di pasaran global. Spirit Indonesianya agak hilang kerana faktor muzik dan lirik dalam bahasa Inggeris yang dipilih.
Dan mungkin dengan alasan itu juga Cantika tampil dalam ilham yang lebih senang mendekatkan pendengar dengan karyanya. Bahasa Indonesia yang disulam dalam muzik R&B menjadikan single terbarunya bersama Rayi lebih exciting dan berjiwa.
“SIGN” menjadi pertaruhan terbaru Cantika Abigail dengan bantuan Rayi saya kira menemukan dia satu formula muzik yang mampu mendekatkan Cantika dengan pendengar nusantara secara lebih meluas.
Lagu ini terhasil dalam feel R&B yang cukup hebat – baik melodi, kemasan muzik sehingga attitude vokal Cantika yang menjadi kekuatan utama lagu ini pastinya.
“SIGN” saya kira sebagai pemula untuk Cantika semakin disenangi. Perjalanan muziknya berada di fasa menuju satu kematangan bermuzik yang sakan menemukan klimaks bermuzik yang hebat buatnya.
7.9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Rinni Wulandari Muncul Lebih Soulful Di Single Berjudul “Takut Nanti Rindu”