
showcase album terbaru Amir “Siang & Malam” akan berlangsung 10 November nanti
Kali terkahir muncul dengan single “Ingga” pada tahun 2016, Amir Jahari mengambil masa hampir lima tahun untuk menerbitkan album keduanya. Mengambil “Siang & Malam” sebagai judul album yang diterbitkan sendiri syarikat rakamannya, Sekalo Music dengan kerjasama Luncai Emas Sdn. Bhd dan bakal diedarkan oleh Kamar Seni Enterprise.
“Sila Robek Hati Ini” menjadi pertaruhan Amir sebagai single perdana album ini sudah pun dimuat naik di akaun YouTube Amir Jahari. Album dengan tujuh track ini turut menampilkan lagu bonus bersama Mafidz berjudul “Hadiah Dari Tuhan”.
Lebih menarik, album ini turut menampilkan duet bersama vokalis Hujan yang juga soilst terkenal Noh Salleh menerusi sebuah lagu berjudul “Sang Perindu”.
Album yang membawa konsep Pop Nusantara ini bakal menampilkan sisi matang Amir sebagai pemuzik juga produser yang turut bekerjasama lebih dekat dengan AG Coco dalam proses pembikinan kesemua lagu dalam album ini.
Album yang dirakam sepenuhnya di studio Kamar Seni ini diterbitkan AG Coco bersama Ahmad Huzaini yang turut menampilkan pemuzik hebat lain seperti Pacai dan Karim.
Bakal melancarkan album Siang dan Malam pada 10 November 2018, Amir juga akan mengadakan showcase sulung Album Siang & Malam kolaborasi antara Sekalo Music Production dan Mendamrasso yang bertempat di Live Fact, pada pukul 3 petang. Pada hari showcase tersebut, Amir akan diiringi band Rawi yang berasal dari Sarawak.
Tiket boleh dibeli di talian whatsapp +6016 8789437 pada harga RM35 ataupun anda boleh beli terus di pintu masuk pada hari persembahan berharga RM50. Setiap pembelian tiket akan diberikan CD Album Siang & Malam secara percuma.