
Di tahun 2002, jika ada yang mengikuti perkembangan editorial hiburan tempatan, sebuah majalah bernama “Sentiasa Manja” – “Manja” asal Singapura diterbitkan di Malaysia di bawah kendalian Editor paling brutal, Saniboey Mohd Ismail.
Sentiasa Manja (SM) menjadi sebuah wadah alternatif media showbiz lokal ketika itu yang terlalu banyak dihidangkan dengan ruangan gosip khususnya tanpa begitu fokus kepada perkembangan industri muzik dan filem.
MK tertarik untuk mengekstrak kembali temu bual eksklusif Saniboey bersama Sheila Majid – berhubung pasca cerai, the brand new Sheila menerus Ku Mohon dan cerita-cerita up, close and personal seorang figura bernama Sheila Majid. Temu bual seperti di bawah:
Temubual: Saniboey Mohd Ismail
Sentiasa Manja isu Februari 2002
Apa mengenai Sheila Majid yang kita tahu? Retak rumah tangganya keluar dalam akhbar dah beratus kali agaknya. Kita kenalnya sebagai penyanyi popular, Diva Jazz so to speak. Sheila amat reseptif bila dihubungi untuk jadi cover Sentiasa Manja, dan tambah terkejut bila dikatakan dia dipilih sebagai salah seorang daripada 10 Most Influential Artiste di Malaysia.
Saniboey Mohd Ismail ambil masa berhari-hari untuk fikirkan soalan. Hampir 30 soalan yang memungkinkan kita tahu the real state of mind of SHEILA MAJID!
SB: Sudah 16 tahun menyanyi – Adakah itu terlalu lama, terlalu baru atau journey anda baru nak mula?
SM: Actually, its longer sebab I start 1983 dan album pertama, “Dimensi” keluar pada 1985. Dulu indie label lagi susah nak keluar duit. Memang masa tu tak ada record label nak saya sebab muzik saya tak jual.
Sebenarnya saya tak fikir sangat soal lama atau baru tapi saya akui masa berlalu pantas. Tapi tempoh itu pun saya rasa tak lama sangat dan langsung taka dan rasa bosan.
SB: Sheila ada tiga generasi dalam muzik. Generasi “Pengemis Muda”, generasi “Legenda” dan generasi “Ku Mohon”. Kami dapat hiburan, mind therapy dengan muzik anda – Tapi apa pulangannya buat Sheila?
SM: Besides popularity atau punca rezeki, at least saya tahu saya ada fans. Malah some of my fans kini jadi kawan. Saya masih lihat muka yang dama menonton persembahan saya 16 Tahun lalu hadir dalam persembahan saya hari ini.
Fans yang loyal adalah satisfaction buat saya. Lagi satu, this is business tetapi saya tidak berkompromi dengan kreativiti dan artistic value. Pendek kata I love what I’m doing dan saya hipokrit atau menipu dengan mengatakan ia bukan sebab duit, sebab ini punca rezeki.
SB: Transisi muzik dari “Pengemis Muda” sehingga ke “Ku Mohon”. Transisi itu hanya dalam muzik sahaja atau kehidupan?
SM: Memang ada transisi. Dari era “Pengemis Muda” sehingga “Ku Mohon” produksi muzik lebih berkualiti. Sama macam kehidupan. Umur saya sudah 37 tahun, takkan nak fikir macam budak 18 tahun. Itu proses natural.
Dulu saya banyak mendengar terutama nasihat tapi kini saya tahu apa yang selesa buat saya. Tapi itu bukan pula bermakna saya dah tak dengar cakap. Transisi itu mematangkan saya dalam banyak hal.
SB: Jarak antara muzik dan kehidupan. Sejauh mana ia memerlukan satu sama lain?
SM: Bagi saya being a mother is a department of its own. Ia lain sangat dengan kerja atau kawan. The feeling sebagai ibu terlalu berbeza. Anak membesar dalam perut saya sendiri dan keluar dari saya – Dan itu tidak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun.
Bagi saya kalau tidak menyanyi pun, muzik pasti jadi sebahagian dari life. Muzik dan kehidupan memang relate begitu banyak dalam hidup saya.
SB: Sukses, sudahkah anda merasainya dengan muzik anda? Apa sukses buat anda? Adakah sukses itu populariti, dominasi muzik, kejayaan menang award?
SM: It depends, ia amat subjektif. Sukses bagi saya bila kita boleh buat apa yang kita suka dan happy. Kita boleh ada banyak duit dan beratus award tapi kalau tak happy, itu maksudnya tak sukses. Sukses bagi saya adalah berkaitan kreativiti dan berjaya mendapatkan fans.

SB: Kami semua tahu anda sukses dalam muzik dan kami tahu anda tidak sukses dalam rumah tangga.
SM: I want to correct this. Apabila anda gagal dalam perkahwinan, ini tidak bererti anda gagal. Jodoh di tangan tuhan. Kita boleh rancang dan usaha tapi kalau tuhan kata tak jadi usaha macam mana pun tak akan jadi. Saya nak orang faham terutama old school people yang selalu point finger kata anda gagal dalam hidup kalau perkahwinan gagal.
Hey… shit happens okay! Kadang-kadang benda yang jadi is beyond our control.
Bagi saya kalau saya happy dan sihat serta dapat berikan good life untuk anak-anak dan juga buat mereka sihat, itu namanya sukses!
SB: Tipikalnya bila orang melalui pengalaman pahit, ia membuatkan mereka mahu bekerja untuk melupakan keadaan. Bagaimana dengan anda?
SM: Frankly speaking, saya kerja untuk cari makan tapi untungnya saya buat apa yang saya suka. Syukur saya mencari rezeki dengan cara yang saya minat dan saya perlu lebih tekun. Terus terang until today saya tidak henti diingat dan mengingatkan diri mengenai apa yang berlaku dalam hidup.
SB: Apa daripada pengalaman perkahwinan yang memberi kesan kepada muzik Sheila Majid?
SM: Ia tidak beri kesan. Malah masa berkahwin dulu pun saya dan Roslan tidak campur adukkan life dengan muzik. Kalau kerja kami kerja betul-betul dan bila pulang ke rumah itu soal famili.
SB: Cakap fasal Roslan, What’s your plan?
SM: Plan? Kahwin? Banyak sangat orang tanya “Sheila tak nak kahwin ke?” or “Sheila Nampak macam tak laku je”. Kalau fikir nak kahwin sekarang pun boleh tapi saya tak nak kahwin sekarang. I call the shot. Kahwin is a natural process. Bukan boleh dipaksa.
Orang mula cakap belakang bila Roslan kahwin baru tapi saya tak kisah. Saya perlu fikir soal anak-anak, itu lebih penting.
Bagai kata Siti Nurhaliza kepada wartawan, soal kahwin atau boyfriend adalah terlalu peribadi dan tak perlu diberitahu. Saya tak perlu beri justifikasi kepada orang. Masalah saya dalam hidup bukannya boleh dibantu orang lain. Orang hanya tahu tokok tambah. I am known about my music. Saya bukan jenis suka bercerita fasal kahwin atau boyfriend.
SB: Adakah perceraian memberi inspirasi?
SM: In a way it made me better. Tak pernah sebaik ini. Saya percaya ada hikmah atas apa yang berlaku. Mungkin Allah kata saya deserve better, everything now falling into places. Saya jadi manusia yang lebih bijak berfikir untuk memiliki better control of my life.
Dulu saya tahu menyanyi saja, some people learn the hard way. Saya percaya dengan kata-kata “The glory of life is not stopping yourself from falling.”
SB: Do you wish saya tak tanya soalan-soalan seperti ini?
SM: YES, YES, YES!
SB: Apa soalan yang Sheila suka orang tanya?
SM: Actually I don’t want people to feel sorry about me. Macam saya kata tadi, Shit happens dan saya perlu belajar untuk terus hidup. Itu semua dugaan saya dan saya redha. Saya tahu ramai yang simpati but im telling you now im getting better. Selalunya bila fans atau kawan-kawan jumpa mereka akan tanya khabar saya dan anak-anak. Saya tak ada masalah menjawabnya.

SB: Adakah apa yang dilihat dalam senario muzik hari ini adalah yang dibayangkan 10 tahun lalu?
SM: Sebenanya saya tidak pernah fikir nyanyi jadi karier. Tapi semua apa yang dibayangkan sebenarnya jadi lebih baik dalam banyak aspek. Lihat label Positive Tone for instance. Semua artis di situ dapat freedom buat apa yang mereka mahu. Kita jadi lebih luas dan kreatif.
SB: Daripada Pengemis Muda sehingga Ku Mohon, nama Sheila cukup ikonik. Anda jadi ikon Malaysia. Adakah itu mencukupi?
SM: Saya tak tahu nak jawab. Cabaran buat saya sekarang adalah dengan diri sendiri manakala persaingan dengan artis lain jadi motivasi. Kalau ikutkan hati saya nak macam artis barat yang kerja enam bulan dan rehat enam bulan tapi tak boleh sebab saya perlu kerja sepanjang tahun.
Sebenarnya saya tak realize saya jadi ikon to other people in music. Tapi Alhamdulilah.
SB: Ada elemen kuat jiwa Indonesia dalam diri anda. Kenapa anda asiosiasikan diri dengan elemen Jazz dan Pop Indonesia?
SM: Frankly speaking bukannya Indonesia tapi Motown sound dan style ada dalam jiwa saya. Dulu sejak 70-an memang Indonesia jauh ke depan dari kita tetapi Jazz atau Pop mereka tetap dari barat.
SB: Pemuzik seperti Erwin Gutawa, Ahmad Dhani, Chrisye, Katon semuanya mengenali muzik anda. Sheila mampu lebih sukses di Indonesia berbanding Malaysia. Kenapa tak ke sana saja?
SM: Why should I go? Saya selesa sekarang dan dah dikenali. There is no place like home. Di sinilah semua kasih dan sayang saya. Destinasi kegemaran dalam hidup adalah perjalanan pulang ke negara sendiri.
SB: Saya jumpa Ahmad Dhani dulu dan dia pernah kata Michael Verrapan dan Sheila Majid adalah dua genius muzik yang pernah dilahirkan Malaysia
SM: Persis Kekasihku disusun Michael Veerappan – I tell you masa keluar lagu tu dengan album Emosi, Odie Agam kawan kepada abang saya dan dua lagu Odie ada dalam album tersebut. Odie hantar lagu ke semua label di Indonesia dan ingat saya Indonesian yang belajar di luar negara. Lagu tu jadi hits, lepas tu baru orang kenal saya.
I think to call me genius is keterlaluan tetapi memang Veerappan adalah seorang yang handal dan talented. Malah pemuzik di Malaysia kata dia memang ada magic touch.
SB: Komitmen Sheila dalam vokal memang bagus tetapi dalam soal produksi, Sheila ambil masa lebih 10 tahun untuk menulis lirik Ku Mohon. Kenapa?
SM: Sebab saya tak pernah mencuba. Saya tak diberi peluang sebab dulu semuanya disuapkan. Masa buat Ku Mohon ia jadi terlalu penting sebab Roslan tak terbabit dan semua mata melihat saya. Apa yang saya lihat di sini, komposer suka beri lagu pada penulis lirik walaupun penulis tidak langsung dikenali penyanyi. Itu yang jadi tiada soul. Saya harap lepas ni saya dapat lebih banyak terbabit dalam produksi.
SB: Bolehkah kami rakyat Malaysia memanggil anda Ratu Jazz?
SM: Saya sebenarnya malu. Saya bukannya nyanyi Jazz. Saya pernah sekali terkebil di Jepun bila orang kata saya Jazz sedangkan saya bukannya Jazz singer. Saya kemudian terpaksa menjelaskan kepada orang Jepun yang lebih kritikal. Saya tidak mengkategorikan nyanyian saya dan fans boleh cakap apa saja.
SB: Sejauh mana kehadiran anak memberikan inspirasi dalam hidup, karier dan muzik?
SM: It makes me work harder dan kasi yang terbaik untuk mereka. Setiap kali tengok anak-anak mereka memberikan inspirasi.
SB: Tiga perkara yang anda wish untuk kesejahteraan anak-anak?
SM: Kebahagiaan, kestabilan diri dan ilmu akademik dan agama yang cukup..
SB: Satu perkara yang paling anda idamkan dalam hidup?
SM: Hidup yang sihat sebab kalau ada duit pun tapi tak sihat atau bahagia tak berguna.
SB: Satu perkara yang kita semua patut wish for?
SM: Jangan jadi double standard. Kaya miskin hitam putih tu semua sama. Jangan bezakan diri.
Sentiasa Manja hanya bertahan sekadar 2 tahun. Ia bermula pada tahun 2001 dan berakhir dengan tahun 2003. Antara yang pernah menjadi cover girl Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Amy Search, Camelia, Erra Fazira, Deanna Yusoff, Sarimah Ibrahim, Umie Aida dan Ning Baizura. Saniboey merupakan Editor bersama seorang lagi penulis berpengalaman, Zurina Waji.