Lagu: Bebas
Artis: Sissy Imann
Komposer / Lirik: Aden King / Mas Dewangga / Jova Devito
Verdik: 3.6/10
Ketika Sissy muncul dengan single “Mungkin Kamu” dan “Keliru” dia hadir cukup promising dengan originality yang dia miliki bukan saja vokal tetapi attitude dalam muziknya. Namun perlahan-lahan dia bagai hilang arah even after bersama Faithful Music, karya-karyanya tidak solid seperti 2 single awal dia bersama FMC. Hal ini terjadi lagi dalam single “Bebas” yang bagi saya terlalu biasa dan forgettable. Rasanya Sissy harus kembali bekerja dengan AG Coco untuk mengembalikan segala kelebihan yang dia ada namun dah jauh pergi entah ke mana.
Lagu: Bingkai Rasa
Artis: Ruang Hati ft. Heidi Moru
Komposer / Lirik: Syahir Cherpen
Produser: Syahir Cherpen
Verdik: 6.7/10
Ruang Hati hadir dengan penampilan perdana menerusi kolaborasi vokal Heidi. Lagu berjudul “Bingkai Rasa” ini hadir dalam feel Balada biasa sebetulnya tetapi diselamatkan dengan kemasan muziknya yang mengarahkan lagu ini dalam sifat Indie Pop ala Payung Teduh atau Noh Hujan. Korusnya terlalu dekat dengan ilham “Renjana” dan vokal Heidi memberi justifikasi yang baik pada persembahan keseluruhannya.
Lagu: Hello
Artis: Farisha Iris
Komposer / Lirik: Audi Mok / Sache amira / Shaze Ishak
Verdik: 5/10
Farisha ada attitude dalam nyanyian namun masih hijau dan banyak ruang untuk dibentuk. Vokalnya tidaklah hadir dalam keunikan yang boleh kita ingat ia sebagai kelebihan tetapi setidaknya dia ada groove yang baik untuk menyatu dengan melodi Audi Mok yang selepas dua tiga kali dengar eh sedapnya kalau Nikki yang nyanyi lagu ni. But untuk Farisha saya kira dia tidak gagal pun cuma kena banyak kali dengar untuk kita betul-betul suka dengan lagu ini.
Lagu: Hujan Pasti Berhenti
Artis: Mafidz
Komposer / Lirik: Mafidz / Umila Rahman
Produser: Mafidz
Verdik: 6.6/10
Ilham Folk Mafidz diteruskan lagi dalam karya terbaru mereka “Hujan Pasti Berhenti” ini. Terhasil dalam acuan melodi yang saya kira agak berat untuk pendengar Pop namun masih hadir dengan daya pemikat yang tersendiri. Dalam durasi 3 minit ini Mafidz membawa pendengar ke satu perasaan berbeza dan cara terbaik menikmatinya adalah dengan membaca serta memahami isi cerita di lirik lagu ini.
Lagu: Semakin Benci Semakin Sayang
Artis: Sarah & Shuib
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 3.6/10
Setelah dua tiga kali dengar lagu ini, “Semakin Benci Semakin Sayang” bagi saya terlalu biasa, tiada apa yang menarik – baik melodinya, liriknya yang cringe sampailah vokal Shuib yang eh… Bukanlah naskhah yang gagal tapi yelah ia sekadar lagu kisah rumah tangga pasangan yang tengah bahagia. Lepas tu? Tak boleh dengar banyak kali takut jadi semakin dengar semakin menyampah. Tiberr..
Lagu: Coretan Pilu
Artis: Awie
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh / Fedtri Yahya
Verdik: 3/10
Saya tidak pasti single ini project based atau memang Awie yang memilih lagu begini sebagai pertaruhan terbarunya. Terlalu mellow untuk seorang Awie saya kira. Melodi sangat biasa dan tak keunikan langsung. Balada Awie di era solonya bersama Boon Tan dan M.Nasir itu jauh lebih baik, moden dan tidak selembik ini.
ARTIKEL BERKAITAN