
Nama S.Atan sudah tersemat dalam pasaran muzik lebih empat dekad sebagai komposer, pemuzik dan produser yang cukup berpengaruh. Bersama Dewan Filharmonik PETRONAS, berlangsung Sabtu lalu sebuah konsert dedikasi khusus karya-karya S.Atan dalam persembahan lagu-lagu raya popularnya.
Hampir dua tahun pentas DFP sepi tanpa persembahan, malam 14 Mei lalu menyaksikan dewan penuh dengan hadirin yang rata-ratanya mengenakan pakaian bertema sambutan hari raya bagi meraikan karya-karya seniman S.Atan sepanjang dia bermuzik sejak era 70-an.
Dipersembahkan dalam durasi konsert selama kurang lebih satu jam, konsert ini mengundang tiga penyanyi hebat 80-an Jamal Abdillah, Azlina Aziz dan Jay Jay yang menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular ciptaan S.Atan yang cukup popular bertemakan syawal.

Jamal Abdillah mempersembahkan lagu “Salam Aidilfitri” bersama S.Atan
Konsert dibuka dengan instrumental medley Selamat Hari Raya, Bila Takbir, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri di bawah kendalian konduktor muzik Encik Ahmad Muriz dalam repertoire muzik yang cukup grand. Jamal Abdillah mengambil pentas dengan persembahan lagu raya popularnya berjudul “Salam Aidilfitri”.
Munculnya Jamal di pentas memberi keterujaan penggemarnya dalam alunan suara yang cukup kemas, buat julung kalinya juga saya kira lagu ikonik ini dipersembahkan Jamal secara langsung dalam persembahan konsert yang sebesar ini.
Jay Jay mengambil alih pentas dengan persembahan dua lagu “Cahaya Aidilfitri” nyanyian asal Balck Dog Bone dan “Dari Jauh Ku Pohon Ampun Maaf” (Sudirman). Mengakui gugup di pentas, persembahan vokal Jay Jay walaubagaimanapun tetap terserlah baik.

azlina aziz masih memukau dengan persembahan vokalnya
Keterujaan saya pada malam konsert tentu sahaja untuk melihat Azlina Aziz di pentas DFP setelah entah bila kali terakhir saya dapat melihatnya di kaca televisyen, Azlina Aziz malam tersebut nyata tidak langsung mengecewakan.
Membawakan Pop Raya cukup ikonik persembahan asal Sheila Majid berjudul “Hari Mulia”, Azlina mempersembahkan lagu tersebut dengan caranya tersendiri dan penuh groove beriring susunan muzik segar oleh Jenny Chin yang turut mengiringi persembahan malam tersebut.
Tidak dilupakan lagu raya popularnya “Indahnya Beraya di Desa” persembahan keseluruhan Azlina Aziz paling memukau malam tersebut. Suaranya masih sangat baik, persembahannya santai dalam mengusik Jamal dan Jay Jay. Dia benar-benar menghidupkan konsert malam tersebut dengan begitu spontan dan menghiburkan.
Mendengarkan suara merdunya yang masih belum berubah dengan kematangan berpentas membuat hati saya berbisik she deserves a solo concert atau lebih baik jika bersama Liza Aziz. This is a dream of 80’s pop fans saya kira – to watch Azlina da Liza di satu pentas.

Ditutup dengan persembahan lagu “Balik Kampung” nyanyian asal Sudirman, ketiga-tiga penyanyi hebat ini bergabung dalam persembahan lagu yang turut diraikan S.Atan di atas pentas utama. Mengundang nyanyian bersama penonton, konsert ini ditutup dengan kemeriahan syawal yang nyata dirasai bersama.
Tribute syawal buat S.Atan malam tersebut dikemaskan dengan susungan string Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dengan begitu meninggikan standard lagu-lagu popular ciptaan S.Atan ini ke tahap yang sangat baik. Terhasil cukup mewah tanpa perlu terlalu mengubah struktur melodi asalnya.
Konsert tribute ini saya kira satu tanggungjawab yang baik pihak Dewan Filharmonik PETRONAS dalam memberi pengiktirafan yang baik terhadap karya-karya terdahulu. Idea genius ini saya kira harus berterusan kerana ia sangat membantu dalam meneruskan kelangsungan populariti lagu-lagu hebat tempatan ke tahap yang sangat-sangat baik.
Senarai Lagu Konsert “Cahaya Aidilfitri – A Tribute To S.Atan”
1. Medley: Selamat Hari Raya, Bila Takbir Bergema, Bersabarlah Sayang & Aidilfitri, (arr. Ilham Subri)
2. Salam Aidilfitri (arr. Ahmad Muriz Che Rose) / vocals: Dato’ Jamal Abdillah
3. Cahaya Aidilfitri (arr. Gerard Salonga) / vocals: Jay Jay
4. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (arr. Ahmad Muriz Che Rose) / vocals: Jay Jay
5. Hari Mulia (arr. Jenny Chin) / vocals: Azlina Aziz
6. Inang Aidilfitri (arr. Vivian Chua) / vocals: Azlina Aziz & Jay Jay
7. Medley: Suara Takbir, Aidilfitri Hari Mulia, Pulanglah & Balik Kampung / (arr.Luqman Aziz)
8. Indahnya Beraya Di Desa (arr. Gerard Salonga) / vocals: Azlina Aziz
9. Joget Hari Raya (arr. Ilham Subri) / vocals: Azlina Aziz & Dato’ Jamal Abdillah
10. Menjelang Hari Raya (arr. Jenny Chin) / vocals: Dato’ Jamal Abdillah
11. Encore: Balik Kampung (arr. Syed Sharir) / vocals: Jay Jay, Azlina Aziz & Dato’ Jamal Abdillah
ARTIKEL BERKAITAN
Melirik Usaha Melestarikan Masa Depan Muzik Tradisional Melayu Dalam Sebuah Riwayat Baru