
Setelah terhenti seketika fenomena vokal grup di Malaysia satu ketika dulu sehingga pertengahan 2000 bagai tiada yang meneruskan dengan bakat yang solid – boleh menyanyi, harmoni dan mencipta lagu dengan baik. Nama-nama seperti Innuendo, V.E dan Ruffedge semestinya kekal sebagai grup vokal terbaik yang pernah kita ada.
Dengan rangkaian hits bermula dengan Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Da Bomb dan Khayalan – tahun lalu Ruffedge kembali dengan romantisme “Seperti Mereka” yang sekali lagi menjual vokal harmoni mereka yang masih lagi steady biar sudah sepuluh tahun tidak hadir tanpa sebarang single baru.
Siap melancarkan muzik videonya semalam, Ruffedge menggunakan khidmat arahan Zalhilman Ismail.
Memberi sedikit kelainan pada muzik video ini, Ruffedge memasukkan klip momen-momen menarik kenangan pasangan pengantin yang sempat mereka hiburkan sebelum ini di majlis keraian yang cukup meriah dan penuh cinta.
Seperti Mereka merupaka lagu ciptaan sepenuhnya Azan Addin tampil feel soulful ballad yang sepatutnya mampu meneruskan kegemilangan Bila Rindu. Vokal mereka senjata utama menawan pendengar semasa dengan kualiti berbeza pada setiap ahli. And we still mesmerize mendengar vocal run Mode yang ternyata maha dasyat!