Lagu: Wanita
Artis: Rossa
Komposer / Lirik: Rian Ekky Pradipta
Arranger / Produser: Lale / Ilman / Rossa / Ekky Pradipta
Melewati kalendar Pop Rossa sepnjang dia bermuzik, ternyata bakat ini tidak pernah mahu berhenti menghasilkan lagu dalam acuan muziknya yang tersendiri. Tidak pernah mahu mencuba keluar dari ruang selesanya, Rossa konsisten memikat pendengar dengan kelembutan dalam persembahan vokalnya.
Sudah bergelar living legend dalam pasaran muzik nusantara, Rossa semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan rangkaian lagu Balada yang cukup sinonim dengannya sejak awal bermuzik. Setelah kali terakhir muncul dengan single berjudul “Masih” dia kembali lagi dengan single terbaru.
Lagu berjudul “Wanita” hasil ciptaan Rian Ekky Pradipta ini terhasil dalam alunan lembut yang disatukan dengan kemerduan suara Rossa yang tidak pernah kalah dalam menawan pendengar.
Sebuah dedikasi Rossa buat semua untuk menghargai dan menjaga hatinya wanita. Hal-hal ini jelas dalam bait “Dengarkan pintaku ini, Jaga hatimu untuk wanita itu Wanita yang tak pernah lelah mengerti.”
Lagu ini saya kira tidak sukar untuk membuat kita senang dengan persembahan keseluruhannya, melodinya memikat dan tidak terasa memaksa untuk kita menyukainya. Mungkin jika ada hal yang kurang adalah originality pada melodinya yang terlalu “Rossa” sifatnya.
Namun kelembutan di lagu ini memadam kelemahan tersebut dan itulah kelebihan seorang Rossa untuk sentiasa membuat kita menyenangi karya-karyanya sejak dulu lagi.
6.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Garapan Muzik Pesta Diskoria Diteruskan Dengan Kolaborasi Bersama Tara Basro & FLEUR!