
Lagu: Moving On
Persembahan: Sheila Majid
Komposer Lirik: Hyuk Shin / Cuurly / Sya / Sheila Majid
Penerbit: Hyuk Shin
Sheila Majid menyambut usia bermuzik tahun ini pada tahap yang cukup matang, stabil dan berpengaruh pastinya. Empat dekad dijalani dengan cemerlang tanpa ada momen yang membuatkan kita lupa padanya biar bersilih ganti generasi dalam muzik.
Pasaran nusantara ditawan dengan cukup selesa. Biar tidak selalu datang dengan rakaman lagu terbaru, rangkaian nada klasik malar segarnya sentiasa didendang. Jika tidak masakan konsert berskala besar, show demi show datang senantiasa.
Terakhir kali muncul dengan album penuh menerusi “Boneka” pada tahun 2017, Sheila setelah itu menzahirkan single untuk runut bunyi filem dan kolaborasi bersama Kayda berjudul “Believe In Love” dalam nuansa Dance Pop yang segar dan menepati attitude kedua-dua mereka.
Meneruskan kelangsungan empat dekad bermuziknya untuk peminat yang sentiasa menantikan naskhah lagu terbaru, menzahirkan Sheila pada ilham terkini dalam single “Moving On”. Lagu hasil ciptaan Hyuk Shin, Cuurly dan Sya ini membawa imeneruskan lham Pop Dance.
Sheila menerusi lagu ini vergerak dalam radar yang cukup muda in a way. Untuk seorang penyanyi senior (tempatan terutamanya) untuk go to this direction of sound and music ia satu langkah yang cukup berani sebenarnya. Namun setiap percaturan akan ada impak baik dan tidaknya.
“Movin On” secara penghasilan melodi okey bagi saya. Ia segar, kekinian dan ada groove yang baik. Cuma untuk usia bermuzik Sheila bagi saya kira agak ia underwhelmed. Bukan maksud saya ia tidak bagus mungkin sebagai pengikut Sheila saya ada expectation berberza. And yes expectation kills.
Melewati pasaran muziknya, sejujurnya saya rindukan feel dan groove the 80’s Sheila seperti “Tua Sebelum Waktu”, “Panorama” dan “Nada”. Ilham muzik sebegini banyak sebetulnya di era kini yang dibangunkan pemuzik muda nusantara.
Setelah sekian lama tanpa single baru saya mengharapkan the brand new Sheila ini untuk hadir dengan karya-karya LaleIlmaNino (C.H.R.I.S.Y.E), Diskoria (Serenata Jiwa Lara) dan Lomba Sihir (Apa Ada Amara) yang mapu menzahirkan kembali feel 80-an Sheila dengan sesuatu yang cukup bernostalgia namun masih moden dan kekinian. Or atleast something like what Ernie did for “Nostalgia” it’s a bop.
“Movin On” melepasi konsep dan batasan Sheila Majid. Ini mungkin direction yang dia mahu tetapi sebagai pendengar Sheila saya tidak mahu identiti muziknya yang dihidupkan empat dekad ini hilang hanya kerana mahu menciptakan sesuatu yang berbeza atau sekadar mahu to fit in this generation.
Beberapa contoh yang baik adalah bagaiman Ruth Sahanya bersama LaleIlmaNino menghasiilkan single “Satu” beberapa tahun lalu. Ia terhasil melengkapi kematangan bermuzik Ruth, attitude yang dia miliki dan pada masa yang sama masih current dan kental jiwa seorang Ruth Sahanaya.
Penghasilan “Moving On” sekadar okey bagi saya mungkin jika ia dibawakan penyanyi baru, yes saya akan memuji yang penyanyi tersebut memiliki potensi besar kerana lagu ini diproduksi cukup tastefully produced tetapi untuk kematangan bermuzik seorang Sheila Majid ia sekadar okey dan mungkin akan dilupakan dalam masa beberapa tahun mendatang.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN