Ulasan ringkas rilis-rilis terkini
Lagu: Siapakah Namamu
Persembahan: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Kuizz Shah
Produser: The T
Verdik: 7 / 10
Andi Bernadee nama yang sudah lama sebetulnya dalam lapangan muzik tempatan. Ada banyak hits pastinya tetapi masih kurang dipandang serius saya kira. Pop yang dihasilkan bersama ALYPH mencipta satu momen penting raggaeton bergema dalam pasaran muzik tempatan. “Siapakah Namamu” sebuah lagi lagu berpakasi pada idea melodi yang catchy dan menjerat pendengaran dengan sekali dengar. Andi ada attitude yang bersahaja untuk menjadikan lagu ini cukup tersendiri. Dia mampu menjadi big Pop star kalau dia mahu sebetulnya tapi dia memilih untuk reserve dan melalui seadanya.
Lagu: Taman Keabadian
Persembahan: Aishah
Komposer / Lirik: Senna
Produser: Kharisma Music
Verdik: 5.7 / 10
Sebegai legenda Pop yang sinonim dengan penghasilan lagu-lagu Balada yang sudah cukup ikonik – Aishah melalui satu transisi beragam usai fasa kejuaraan di GV. Pertaruhan beberapa single baru kurang menjerat penndengaran pendengar muda pasti dan pada masa yang sama tidak juga diperkatakan penggemar muzik 90-an. Itu struggle yang nyata untuk bakat senior sepertinya. “Taman Keabadian” menjadi pertaruhan baru dengan melodi dan kemasan muzik yang cukup grand signature pada kemasan muzik Kharisma Music (Kembali Terang – Marsha). Lagu ini cukup mengena dengan Aishah sebetulnya. Vokalnya sangat terkawal dan emosinya terjaga. Setidaknya ia lebih subtle berbanding single “Malar” yang pernah beredar dulu. Namun sekali lagi lagu ini ada masalah yang sama – ia agak sukar mencuri perhatian pendengar semasa dan penggemar muzik 90-an.
Lagu: Untukmu
Persembahan: Mal Hamka
Komposer / Lirik: Mal Hamka / Romeo / WanAdamKelly /Jayson Teoh Xiong Phen / Eugene Lai
Produser: Eugene Lai
Verdik: 5.6 / 10
Jika dilihat senarai lagu-lagu yang dirilis Mal Hamka dia setidaknya sudah memiliki lebih 10 single. Namun masih belum menemukan momen “pecah telurnya” tapi sebenarnya tak ada masalah pun kerana bukanlah Mal langsung tiada pendengar. Menerusi beberapa single sebelum ini dia sudah memberikan apa yang dia percaya baik buat perkembangan kariernya. Dan hal ini diteruskan dengan “Untukmu” sebuah Pop yang ringan dan ada momen yang manis dalam penghasilannya.
Lagu: Mendayung Rindu
Persembahan: Afieq Shazwan
Komposer / Lirik: Afieq Shazwan
Verdik: 4 / 10
Afieq Shazwan penyanyi yang berbakat tapi dia stuck dengan idea serupa yang membuatkan dia tidak evolve sebagai penyanyi. Saya lagu sebegini sentiasa ada pasarannya tapi sayang sebetulnya banyak hal-hal yang bagus ada padanya tersekat dan tersia pada ilham serupa sahaja. Suara, emosi dan penyampaian Afieq sangat baik dan dia selayaknya mendapatkan naskhah yang memiliki satu sound yang lebih besar daripada apa yang dia sudah biasa lakukan.
Lagu: Nara
Persembahan: Mimifly
Komposer / Lirik: Mimifly
Verdik: 6 / 10
Mimifly semakin jelas dengan arah muziknya dan apa yang dia lakukan adalah melaksanakan dengan konsisten. Hal ini semakin jelas dengan penghasilan “Nara” yang sekali lagi melepaskan semangat bermuzik Mimi dengan sebebasnya. Kehendak lagu, lirik, video muzik dan attitude Mimi sebagai penyanyi menyatu baik. Untuk saya daripada segi melodi ia tidaklah sekuat “Angkat” namun ia masih berjalan sebagai satu kesinambungan yang baik untuk karier Mimifly.
Lagu: Sayap
Persembahan: Umairah
Komposer / Lirik: Resa Husin / Farouk Roman
Verdik: 5 / 10
Keupayaan menyanyi yang ada pada Umairah buat saya percaya bakat itu juga sebetulnya diwarisi dan ia dikemudi sebaiknya lewat single “Sayap” ini. Sebagai percubaan pertama Umairah membuktikan dia memiliki potensi yang baik bergerak sebagai penyanyi masa depan yang memiliki peluang cerah. Lagu ini mengena dengan corak suaranya dan sangat mudah didekati pendengar pasaran muzik semasa. Namun untuk usianya penghasilan lagu ini agak terlalu matang tapi itulah direction sebegini lah dia dibesarkan mungkin dan membentuk dirinya hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN