Gerakan muzik indie di Malaysia akhiran ini agak perlahan diperhatikan pasaran semasa. Masih ingat bagaimana kita seronok meraikan Butterfingers, Monoloque, Meet Uncle Hussein, O@G, Yuna dan Bunkface? Itu era yang saya kira sukar untuk mana-mana penggerak indie baru hari ini ulangi.
Sekadar beberapa nama yang ada difikiran saya – Masdo, Orkes A Hizadin, Sekumpulan Orang Gila, Bil Musa dan Pastel Lite. Mengamati muzik yang dicorak anak-anak muda ini saya kira ia sekadar mengulang guna formula sedia ada dengan rencah-rencah yang ditambah untuk kedengaran berbeza.
Pastel Lite yang mula saya kenali ketika menonton LoveLiFest yang berlangsung awal tahun ini antara bakat indie yang berjaya mencipta nama di kalangan kelompok indie hari ini. Muzik mereka punya asas elektronik, synth dan pop. Boleh bayangkan bukan bagaimana bunyinya?
Album yang berjudul Balada ini datang dalam 10 lagu kesemuanya dalam durasi 38 minit yang sedikit meguji pendengaran Pop Melayu saya. Namun peri pertama yang saya kagum dengan debut band ini adalah kualiti rakaman muzik yang cukup membanggakan.
Saya puas mendengar album ini kerana ia dibikin cukup kemas dan teliti sekali. Kesinambungan bunyi dari satu lagu ke satu lagu lainnya bergerak atas satu par rakaman yang baik. Kredit harus diberikan bagi individu yang menjalankan proses mixing juga mastering album ini.
Album ini jika saya tidak tahu ia milik bakat lokal, paling-paling saya akan ingat ia produk seberang (sebab vokal vokalisnya kuat bunyi Melayunya). Trak Sunny favorite saya dalam album ini. Karakter vokal Eff Hakim bagi saya begitu raw, mungkin juga sebab faktor muzik dibawanya Cuma kadang jujur saya terganggu dengan penyampaiannya yang seakan menyebut.
Aneh sebuah lagu yang saya kira okey. Groove dalam lagu ini and all that synth sound yang ada bagi saya cukup berjaya disatukan sebagai naskhah indie yang baik. Cuma liriknya terlalu biasa dan biasa sebetulnya boleh jadi bosan.
Overall saya kira Pastel Lite not bad at all tapi tidaklah terlalu bagus. Apa yang kurang adalah originality mereka sebagai pemuzik. Saya berharap akan ada lagu yang buat saya wow namun semuanya seperti apa yang dijangka. But again saya puas dengan kualiti rakaman album ini.
Bagi yang tidak biasa dengan muzik mereka anda mungkin perlu masa untuk hadam muzik begini dan fahamkan visi akan kraf pemuzik yang bergerak secara indie ini.