
Blues dan Folk bergerak atas satu garisan spiritual juga speak of mind sang pengkarya. Bait melodi sebetulnya diinspirasi daripada cerita yang ditulis dalam teks patah lirik yang ditulis. Jadi untuk enjoy Folk dan Blues anda perlu senang untuk diasosiasikan dengan cerita sang pencerita.
Sejak Blues Gang dan Ramli Sarip juga M.Nasir – Malaysia sebenarnya semakin kurang pelapis muzik begini. Jika ada pun saya kira terlalu pretentious (sebut Fynn Jamal) untuk mejual kata-kata yang sekadar sedap dalam provokasi yang mehh…
Dan berbalik pada ilham mengkomersilkan lagu-lagu begini agar lebih senang diterima masyarakat kumpulan Jamrud menerusi Surti Tejo (2000) telah mencipta satu revolusi muzik melanggar tabu masyarakat yang ‘takut’ dengan isu seks dalam karya muzik.
Namun setuju atau tidak Jamrud juga dilihat sebagai penggerak idea begini baik di Indonesia mahupun Malaysia yang sehingga hari ini masih lagi dilihat sebagai naskhah evergreen.
Akhiran ini saya banyak mengarahkan pendengaran saya pada muzik Indonesia semula kerana saya kira di sana terlalu banyak pilihan berbanding Malaysia yang semakin stagnant dengan idea muzik serupa. Dan saya ulang jika ada yang lakukan perubahan pun hasilnya terlalu pretencious.
Saya sukakan idea penulis Jason Ranti dalam album Akibat Pergaulan Blues yang cukup selamba, sempoi dengan penciptaan melodi yang menyenangkan. Dengarkan saja lagu-lagu seperti Bahaya Komunis yang bermula dengan monolog “Saudara-saudaraku I love you. Komunis adalah berasalah dari permikan monyet Darwin.”
Dan bait-bait keras dalam lembutnya melodi lagu in diteruskan lagi dalam lagu-lagu seperti Lagu Yang Problematik, Pulang ke Rahim Ibunya, Suci Maksimal dan Doa Sejuta Umat yang merupakan fav saya dalam album ini.
Kritikan-kritikan sosial Jason Ranti dalam isu seks bebas, social climber juga fatalis menjadikan muzik itu satu saluran pesan masyarakat yang cukup kuat sekali. Ini bukan album komersil yang mampu memanjat carta Pop semasa tetapi ini album yang mampu mencerna pemikiran juga jiwa-jiwa yang mahal harganya. Saya tutup review ini dengan bait sempurna Doa Sejuta Umat.
“Bagi anda-anda yang sedang mencari tuhan, petunjuk dan pedona dalam kehidupan yang fana…”
“Sebagai seorang yang percayakan tuhan yan tidak kelihatan tetapi terasa di mana-mana – aku selalu berdoa…Ya tuhan lindungi aku selalu, ya tuhan jagalah aku selalu dari nabi-nabi palsu, jualan yang menipu, isi ceramah yang jauh…”
ARTIKEL BERKAITAN
“Diastika – Live In Bandung” Persembahan Nota-Nota Jazz Yang Menyenangkan