Saya hanya mula memberi perhatian kepada band Alternatif ini setelah mendengar dua solo EP Bam Mastro yang juga vokalis kugiran ini. Muzik Elephant Kind banyak mengingatkan saya pada pengaruh Arcade Fire khususnya.
Beberapa trak dalam lagu ini kental pengaruh tersebut terutama di lagu pembukanya “One” dan juga single perdana album ini “I Believe In You” (Yang sudah ditrim hampir 500k di Spotify). Kedua-dua lagu ini sebetulnya sudah menjadi benchmark beat Elephant Kind sepanjang mereka bermuzik.
Kesinambungan muzik mereka menerusi album “City J” yang diedarkan pada tahun 2016 diteruskan dalam album “The Greatest Ever” ini. Temponya masih serupa dalam hidangan 10 lagu yang sedikit monoton di tengahnya tapi di pick up baik susunan muzik yang cemerlang dan feel Bam dalam penyampaiannya.
Saya paling tertarik dengan lagu penutup album ini “Lights Up” kerana dinamik muzik yang dipersembahkan. Bam buat saya melayang dalam feel penyampaiannya. Selain itu saya juga mengulang dengar “Sour” yang cukup hebat penghasilannya.
Elephant Kind bukti evolusi pasaran muzik Indonesia itu benar ada dan semakin berkembang baik.
Mendengarkan album buat saya yang jadi bangga dengan perkembangan ini. Kualiti produksinya elas satu, visi muziknya semakin ke depan sekali gus membuktikan anak-anak muda di sana cukup berani menongkah arus muzik semasa tanpa terikat pada idea serupa.
Album ini saya letakkan sebagai album penting yang mengubah landskap muzik Indonesia dan tentu saja saya kira mendahului mana-mana album yang sempat diedarkan tahun ini sperti Barasuara, Duara dan Ardhito Pramono.
Ardhito Pramono – Jelmaan “Jamie Cullum” Dalam Feel Nusantara