Sayang & Cahaya (2011) muncul ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum (Malique). Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta radio.
Dan dengan kehadiran album tersebut yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai penyanyi yang hebat.
Sayang & Cahaya hadir lengkap sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah, Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu pengalaman muzik yang cukup hebat.
Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal
Biar begitu hebat persembahan album Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal menambat perhatian radio secara amnya. Namun itu bukan penanda aras untuk dia terus berhenti.
Dua tahun selepas itu, dengan pengurusan baru di bawah kendalian Sharina Ahmad dan kerjasama Indigital Sdn. Bhd. membawa satu haluan yang lebih komersil dan bagai satu magis – nama Dayang kembali menjadi sebutan dek ledakan populariti Di Pintu Syurga (Tam / Iman Imran)
Populariti single balada tersebut bagai memberi tuah sekali lagi buat Dayang setelah hits Seandainya Masih Ada Cinta (Ajai), Pintaku Yang Terakhir (Fendi) dan Hilang (Audi Mok).
Biar secara peribadi, ketika Di Pintu Syurga diedarkan saya merasakan ia terlalu ‘lembik’ untuk seorang Dayang Nurfaizah, ia tetap berjaya sebagai pelan pemasaran yang baru untuk Dayang kembali relevan dalam pasaran semasa.
Dan yang lebih manis, populariti yang diraih itu memberikan gelaran Juara Vokal buat pertama kalinya untuk Dayang di pentas Anugerah Juara Lagu dan sekali gus membawa kemenangan tempat ketiga buatnya, Tam dan penulis Iman Imran.

Dayang Nurfaizah 2017 – Pertaruhan Balada Kelas Satu
Album ini dibuka cukup sempurna dengan balada indah Aubrey Suwito dalam lagu Layarlah Kembali. Jika ada satu perkataan untuk saya gambarkan tentang lagu ini adalah sempurna – melodi, lirik dan susunan muzik memberi justifikasi yang tepat untuk karakter vokal serta feel Dayang.
Ajai menulis Usah Dibilang Cinta dengan mood Indo Pop dengan similarity opening lagu Selagi Ada Cinta (Ning Baizura) dan seperti biasa sekali lagi feel dan vokal Dayang sempurna untuk balada indah ini.
Lelaki Teragung meneruskan kehebatan album ini. Genervie Kam arranger yang genius. Cara dia menyusun transisi melodi Lelaki Teragung benar-benar berpaksi pada kemampuan vokal Dayang. Saya meletakkan trak ini antara lagu terbaik album Dayang ini.
Selain Lelaki Teragung, Genervie turut bertindak sebagai arranger dan produser untuk lagu Nanti (Syed Syahmirr / Aepul Roza) dan Takdir (Hazami). Kedua-duanya datang dengan pakej penulisan melodi yang yang cukup bagus. Nanti is one of my fav in this album.
Dia (Ezra Kong / Omar K / Hael) cukup moden dan current but my least favorite. Melodi lagu ini terlalu predictable. Dalam Diam (Aizat Amdan) punya korus yang bagu dan dua lagu lain adalah single terawal Tak Pernah Menyerah (Akid / Poji) dan Di Pintu Syurga (Tam / Iman Imran).
Killer album ini bagi saya adalah Separuh Mati Ku Bercinta (Ajai).
Semua tentang lagu ini cukup hebat sekali penghasilannya. Melodi Ajai dalam lagu ini saya sifatkan antara yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang kariernya. Lagu ini disusun kemas oleh Ajai bersama seorang lagi maestro muzik tempatan Mac Chew. Pemilihan lagu ini sebagai single keempat album ini nyata satu pilihan yang cukup baik sekali. This is a masterpiece, satu lagi hit yang bakal mencipta sejarah tersendiri.
Overall album ini satu persembahan Pop yang sempurna sekali. Jauh meninggalkan apa yang ada di pasaran hari ini. Ia bagai siren buat semua penyanyi baru yang obses berkiblatkan balada 90-an untuk mencabar kredibiliti mereka menghasilkan sesuatu yang lebih berseni, berkelas dengan hasil yang cukup solid atas ketelitian dalam ilmu serta pengalaman muzik itu sendiri.