Terbukanya pendengar muzik Indonesia satu spirit yang sangat saya kagumi. Pasaran muzik mereka cukup luas dan tidak terikat pada satu genre untuk diterima pasaran semasa. Semua genre punya peluang untuk sama popular dan sama dikenali.
Tidak kiralah sama ada Dangdut Syahrini sehingga jiwang Wali Band dan Pop Tulus juga Afgan urban Rinni Wulandri juga Teza Sumandra dan corak indie Payung Teduh – semua diterima cukup terbuka dan diraikan tanpa prejudis.
Masyarakat di sana meraikan muzik dengan cukup adil sekali dan hal-hal ini membuatkan penyanyi seperti Andien yang sudah bertahan di persada muzik tempatan sehingga 17 tahun lamanya since album perdanya Bisikan Hati yang mula diedarkan pada tahun 2000.
Muzik Jazz dan Pop yang moden diadunkan dalam kesemua album Andien jika dilakukan oleh penyanyi Malaysia pasti dipandang sepi. Dan disebabkan itu jugalah muzik kita stagnant tidak seperti Indonesia meraikan pemuzik mereka.
Metamorfosa sebuah cenderahati terkini Andien buat penggemar muzik di Indonesia khususnya dan buat yang meminatinya di Malaysia juga negara serantau lainnya. Album ini ibarat sebuah intepretasi hidupnya dalam susunan melodi serta penulisan lirik yang bahagia-bahagia semuanya.
Entah mengapa saat menikmati album ini saya memiliki perasaan yang sama mendengar album Atilia No.3 – feel Pop yang cukup moden dan senang sekali untuk dinikmati.
Saya semakin dekat dengan idea Pop begini – semuanya cerita-cerita bahagia. “Mengisi dunia dengan cerita indah..” Bait lagu Halo Sayangku yang cukup fun sekali.
Kebahagiaan-kebahagiaan ini diteruskan lagi dalam lagu-lagu seperti Indahnya Dunia ciptaan Strio (mantan gitaris Maliq N d’Essentials yang juga pemuzik grup Alexa). This is a very beautiful Pop – saya khayal dengan melodi yang cukup senang sekali dinikmati. Bait-bait bahagia dalam lagu ini tersususun kemas untuk kita nikmati betapa cantik sekali kebahagiaan yang Andien lalui sekarang.
Biru antara favorite saya dalam album ini. Muzik Jazz dengan susunan string yang cukup mahal sekali bunyinya. Petikan piano dalam lagu ini sungguh indah sekali. Pelita antara lagu yang cukup baik dalam album ini. Saya suka sekali dengan bait liriknya
“Menangislah dengan kencang sayang beritahu kau datang
Dengan kilau sejuta terang…”
Belahan Jantungku lagu terbaik dalam album ini. Tulus yang mencipta melodi indah ini cukup bijak dalam rencananya memberi justifikasi kepada segala kebolehan Andien dalam persembahan pop paling baik dalam album ini.
Saya sedikit tidak kecewa dengan penerbitan ini. Biar ia kedengaran terlalu personal untuk Andien tetapi sebagai pendengar saya mampu untuk merasai segala cerita bahagia yang mahu dia kongsikan dalam Metamorfosa.
ARTIKEL BERKAITAN
