
Menunggu kurang dua hari lagi heboh siapa bakal Juara Lagu tahun ini, kami ingin menoleh 10 Tahun ke belakang di mana 10 juara yang pernah diangkat TV3 sebagai jagoan tahunan muzik Malaysia.
Dalam barisan 10 Juara yang sudah dinobat kita kembali ke tahun 2008 di saat “Lagu Untukmu” Karya Taja, Tass & Lan memberi evolusi luar biasa dalam pasaran muzik tempatan yang ketika itu dahagakan sentuhan rock yang moden dengan ilham muzik terkini. Maka Azlan & The Typewriter dinobat jagoan muzik malam AJL sepuluh tahun lalu.
Dan senarai lagu-lagu yang sudah bergelar juara sepanjang sepuluh tahun lalu adalah seperti berikut:
2008
“Lagu Untukmu” – Meet Uncle Hussain (Taja & Tass & Lan)
2009
“Pergi” – Aizat Amdan (Pete Teo & Amran Omar)
2010
“Tolong Ingatkan Aku” – Ana Raffali (Ana Raffali)
2011
“Awan Nano” – Hafiz Suip (M. Nasir / Budi Hekayat)
2012
“Terukir Di Bintang” – Yuna (Yuna Zarai)
2013
“Bahagiamu Deritaku” – Hafiz Suip (LY / Baiduri)
2014
“Apa Khabar” – Joe Flizzow & Sona One (Joe Flizzow & SonaOne)
2015:
“Potret” – Akim Ahmad & The Majistret (Akim / Hang Nadim / Afham Zulhusmi Ahmad)
2016:
“Lelaki Teragung” – Dayang Nurfaizah (Natashah / Iman Imran)
2017:
“Jampi” – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)
Dalam barisan 10 Juara ini ada beberapa Juara yang sepatutnya tidak bergelar Juara di tahunnya kerana ada lagu lain yang sepatutnya diangkat. Pertama di tahun 2013 ketika juri-juri mengangkat “Bahagiamu Deritaku” yang sepatutnya menjadi milik “Kalau Aku Kaya” yang tampil idea lagu rakyat moden (sebut Hip-Hop) yang cukup segar penghasilan melodinya, lirik dalam kritikan sosial yang genius dan chemistry Altimet dan Awi Rafael yang menyatu baik.
Dan siapa saja boleh lupa duit bertaburan di stadium putra bukit jalil di hujung persembahan mereka, yet juri masih mengangkat balada lembik “Bahagiamu Deritaku” sebagai juara pilihan mereka tahun tersebut.
Kedua, di tahun 2009 saat “Pergi” menepis terus “Dan Sebenarnya” sebagai juara. Bukan nak kata “Pergi” bukan lagu yang bagus sepertimana saya kata “Bahagiamu Deritaku tadi. Tapi at that particular year and moment, Dan Sebenarnya itu is everything that we need sebagai paksi baru muzik tempatan.
“Pergi” datang dengan komposisi yang sangat sweet dan kemas namun seperti saya selalu kata lagu yang bagus itu perlu ada elemen malar segar yang masih kita dengar biar 10 atau 20 tahun akan datang. Dan faktor ini ada pada Dan Sebenarnya. Faktor pertama penciptaan yang bagus, kedua baru elemen malar segar / popular.
Dan dan dan yang terakhir, mistake paling besar Azmeer dan batalion juri buat adalah dengan memilin “Potret” sebagai Juara Lagu 2015 dengan tanpa rasa bersalahnya menidakkan kehebatan “Assalamualaikum” sebagai naskhah luar biasa hebat sifatnya.

MENGIMBAS KEMBALI AJL 10 TAHUN LALU
Ketika Estranged memberi kejutan manis di pentas final AJL 2007, dengan kemenangan “Itu Kamu” saya kira pasaran muzik tempatan sudah menuju satu langkah yang cukup ke depan dan kiranya kita sudah cukup sedia menerima sesuatu yang lebih segar.
Dan keterujaan ini diteruskan dengan kemenangan “Lagu Untukmu” sebagai kelangsungan yang cukup melegakan. Melihat lebih banyak karya-karya yang berani, progresif tetapi masih relevan dengan pasaran lokal tanpa kedengaran terlalu mencuba untuk menjadi berbeza.
Di tahun ketika “Potret” diangkat sebagai juara, Alif memberi satu warna cukup berbeza dalam persembahan Kaka menerusi “Bukan Hal Aku” yang menjadi pilihan top 3 saya ketika itu kerana evolusi Pop yang diberikan.
Lihat di mana Alif hari ini, karya-karyanya mendominasi carta lagu Pop semasa. Cuma saya kira ketika itu kita belum betul-betul bersedia untuk pasaran muzik sebegitu sepertimana hari ini.
Pasaran muzik kita menjadi sedikit tasteless dalam dua tiga tahun kebelakang. Rencana untuk meninggikan muzik tempatan dimatikan dengan bercambahnya bakat-bakat baru daripada label muzik baru yang mencedok ilham Saari Amri tanpa ada evolusi dalam muzik yang mampu mengembangkan pasaran.
Namun saya kira kita masih bertuah kerana ada barisan anak muda di pasaran urban yang mahukan perubahan dalam muzik dengan melakukan sesuatu yang lebih bercitarasa namun sokongan belum cukup meluas untuk melawan pasaran muzik Balada yang terlalu banyak.
Di tahun 2010 dan 2011 ketika juri-juri membuat keputusan untuk memberi kemenangan pada “Tolong Ingatkan Aku” dan “Awan Nano” saya kira kita sudah siap siaga untuk satu paten baru dalam Balada. Melodinya lebih folk-ish, ada feel nusantara.
Even, Ana dikritik beberapa penulis ketika itu yang mempertikaikan kemenangannya, saya melihat sebaliknya. Puitis lirik serta originality melodi Tolong Ingatkan Aku bersifat cukup nostalgik dan classy.
Begitu juga dengan keunikan Awan Nano ditulis cemerlang kolaborasi M.Nasir dan Budi Hekayat. Tapi sayang kelangsungan Balada begini tidak pula menjadi ikutan kalau ada pun mungkin terlalu kecil sifatnya untuk dipertandingkan di pentas besar AJL.
Contoh terdekat yang boleh saya fikir Fynn Jamal yang lagunya bagus suaranya tidak. Rujuk lagu Suatu Pernah dan Terbang Tunduk.
Dan selepas Awan Nano, Yuna tampil ilham 50’s dalam intepretasi muzik indie yang cukup segar sekali hasilnya.
It’s a sweet surprise, Yuna mencipta love anthem yang baru untuk pasaran muzik tempatan dan hal ini sangat harus diraikan dalam satu skala besar pasaran muzik tempatan.
Lagu-lagu seperti Lagu Untukmu, Terukir Di Bintang, Awan Nano, Apa Khabar, Lelaki Teragung, Assalamualaikum dan terbaru tahun lalu Jampi menjadi satu langkah memajukan pasaran muzik ke arah yang lebih baik.
Muzik harus berevolusi ke hadapan tanpa mencedok ilham lapuk dan menghidangkan dengan cara yang serupa. Sebab itu saya tidak setuju lagu-lagu seperti Luluh, Di Matamu, Bunga (Ara), Kau Pun Sama berada di pentas final.
Terlalu ketinggalan malah tidak salah saya katakan juara di tahun 2002 sehingga 2006 (Keliru, Bunga-Bunga Cinta, Rela Ku Pujuk, Gemilang dan Terlalu Istimewa) lebih maju daripada empat lagu yang saya sebutkan tadi.

Mengikut perkadaran timbang tara yang dilakukan, saya kira agenda memenangkan “Bunga” Altimet boleh jadi. Tapi sejujurnya kalau bercakap tentang komposisi lagu, ada beberapa lagu yang saya kira cukup tersendiri. Haram (Hael Husaini & Ezra Kong) dan Nisan Cinta (Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong).
Struktur muzik “Nisan Cinta” paling kuat antara yang lain dan susunan bahasa dalam teks lirik lagu ini cukup indah sekali biar hanya mahu bercerita tentang teguhnya cinta. Lagu ini sebetulnya meniggalkan jauh balada lain yang ada kali ini.
Bunga Altimet okey cuma saya kira terlalu Altimet sifatnya. Somehow saya rasa it’s an extended version of Kalau Aku Kaya. Tapi terus terang saya seronok membaca teks liriknya yang fun, real dan humanis biar kurang puitis tapi penuh kritikan sosial.
Sampai Bila akan sangat cantik di pentas final kerana susunan muziknya begitu kemas sekali biar saya tidak menemukan originality dalam penciptaan lagu tersebut.
Malah Sampai Bila punya satu penceritaan perasaan paling hebat berbanding lagu lainnya. Sedap, memang sedap apatah lagi feel luar biasa Kak Mitch di stage nanti rasanya semua akan menjerit lah kiranya. Tak gitu… Tapi itu bukanlah tiket mudah untuk bergelar juara.
Too many filler dalam senarai finalist kali ini saya kira memudahkan kerja juri di pentas final. Good luck buat semua yang bertanding, sebaiknya rileks saja di pentas tak perlu terlalu excited sebab hal excited ini seringnya akan bunuh persembahan coz it leads you trying so hard on stage. Jika bukan “Nisan Cinta seharusnya “Haram” diangkat sebagai juaranya
Saya cuma berharap bukan lagi Azmeer di barisan juri (As if…)
ARTIKEL BERKAITAN
#RoadtoAJL32 10 Lagu Malar Segar Yang Terlepas Peluang ke Pentas Akhir Juara Lagu